Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Farina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Farina. Papar semua catatan

Selasa, 25 Mei 2010

Single Pelajar AF8


Adira - Ku Ada Kamu


Ain - Penanggung Sepi


Alif - Bangun Semula


Anum - Berakhir Sebelum Bermula


Daus - Kenapa


Ema - Hati-Hati


Farina - Hujung Minggu


Iwan - V.I.P


Maulana - RSVP


Nad - Aku Sudah Merdeka


Shah - Bernafas Lagi


Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan

Sabtu, 8 Mei 2010

KONSERT KELAPAN PENUH KEJUTAN

Alhamdulilah..tadi selesai tgk konsert AF8 minggu kelapan..Ermmm......pelbagai kejutan yang diadakan sepanjang konsert yang berlaku.

Mana tidaknya pembukaan konsert AF8 minggu kelapan di serikan dengan nyanyian daripada persembahan pelajar2 AF8 yang masih tinggal menyanyikan lagu PERTEMUAN dan bersama pengkritik tetap kita iaitu ERRA FAZIRA.

Seterusnya pembukaan konsert juga diteruskan dengan pembukaan persembahan daripada Adam dengan lagu “TENSION”.Hebat dan mantap…

Okeylah..jom kita nilai persembahan pada mala mini :

DAUS (P.U.S.P.A)
  • Alhamdulilah Daus dapat membuat persembahan yang kelakar dan hebat
  • Mantap daripada segi karakter
  • Cuma vocal perlu diperbaiki lagi
  • Mendapat 2 lampu hijau
  • PENILAIAN : 7/10
AIN (SUCI DALAM DEBU)
  • Persembahan yang bertenaga daripada Ain
  • Vokal yang bagus
  • Cuma perlu lebihkan gaya dan perwatakan yang menarik dan mainkan emosi
  • Mendapat 2 lampu hijau
  • PENILAIAN : 8/10
IWAN (LIHAT CARA DIA MEMANDANGKU)
  • Persembahan yang ok
  • Cuma perlu lebih menarik semasa introduction
  • Mendapat 1 lampu hijau
  • PENILAIAN : 7/10
ADIRA (KITALAH BINTANG)
  • Persembahan yang penuh enegernetik
  • Bertenaga
  • Cuma vocal yang terlampau lantang
  • Mendapat 1 lampu hijau
  • PENILAIAN : 7/10
FARINA (SELANJUR BERCINTA)
  • Ok jer..
  • Persembahan bersahaja
  • Perlu mendalami perasaan lagu ini
  • Tiada lampu hijau
  • PENILAIAN : 6/10
MAULANA (DALAM GERIMIS)
  • Persembahan biasa
  • Arrangement music yang tidak sesuai
  • Vokal ok
  • Tiada lampu hijau
  • PENILAIAN : 7/10

Setelah berakhirnya persembahan Maulana,dan Sarimah dan Jimmy mengumumkan bahawa Farina tersingkir dalam saingan ke minggu hadapan AF8 kerana mendapat undian terendah….

NAMUN……

Farina masih bernasib baik lagi kerana beliau diberi peluang bersama dengan 7 pelajar yang sudah tersingkir merebut satu tempat dalam saingan minggu hadapan.Maka talian AFMASUK diadakan…

Antara pelajar yang tersingkir minggu lepas2 ialah Shah,Ema,Anum,Alif,Nad,Shahir,dan Farina..So korang yang menggatal nak adakan AFMASUK ..haaaa..ambik ar..pilih la pelajar kegemaran korang tuh…apa-apa pun jangan lupa AFUNDI ADIRA dan IWAN…..

Jumaat, 7 Mei 2010

Lagu Tugasan Minggu Kelapan AF8

Minggu ini pelajar2 yang masih tinggal dalam Akademi Fantasia 8 meneruskan cabaran beliau sehingga ke peringkat akhir pada 22hb ni,Minggu kelapan ini,pelajar-pelajar telah diberikan tugasan dimana lagu-lagu yang diberikan ini akan menguji kekuatan vocal mereka.Untuk minggu ini,para pelajar telah diberikan lagu :
  • Lihat Cara Dia Memandang (BRE)
  • Gerimis (VISA)
  • Putus Saja Pacarmu (P.U.S.P.A) (ST12)
  • Suci Dalam Debu (IKLIM)
  • Kitalah Bintang(ELLA)
  • Selanjur Bercinta (AISYAH)
-------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk minggu ini,lagu Lihat Cara Dia Memandang telah diberikan kepada Iwan kerana lagu tersebut merupakan lagu yang sesuai dengan kekuatan vocal Iwan dan juga gaya persembahan yang sentiasa menjadi tumpuan dalam setiap konsert.Iwan bagaimanapun haruslah menjaga kualiti vocal beliau dan diharap akan terus cemerlang dalam konsert pada minggu ini dan berjaya mendapatkan 3 lampu hijau sekali lagi.Lagu Lihat Cara Dia Memandang merupakan lagu daripada band BRE.Band ini berasal daripada Indonesia dan lagu ini agak famous dan lagu ini juga berentak relax n sempoi jer ketika menyanyi.Tapi mampukan Iwan mengalas cabaran dengan membawa lagu ini?????.Nantikan konsert kelapan AF8 hari Sabtu ini di Dewan Sri Putra Bukit Jalil.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu ini,Maulana telah diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu Dalam Gerimis nyanyian kumpulan Visa.Lagu ini merupakan lagu Balada Cuma telah diubahkan kepada bervariasi pop.So Maulana sudah tentu bakal membuat persembahan terbaik pada malam itu.Maulana haruslah sentiasa konsisten dalam segi persembahan dan ciptakan kelainan dalam persembahan beliau sehinggakan orang Berjaya menghayati lagu itu…
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Daus pula,pada minggu ini diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu daripada kumpulan dari Indonesia iaitu ST12 dengan lagu yang bertajuk “PUSPA” atau Putus Saja Pacarmu.Lagu ini bergenre kan relax dan tidak perlu menjerit2…so mungkin Daus dapat membawa lagu ini dan menjadikan lagu ini makanan beliau.Apa-apa pun,segala2nya akan terjawab apabila persembahan beliau akan ditunjukkan pada konsert sabtu ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Suci Dalam Debu merupakan lagu famous satu ketika dahulu,namun kali ini Ain selaku pelajar yang bertuah dapat membawa lagu ini pada konsert kelapan nanti.Ain diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu daripada kumpulan yang sewaktu ketika dahulu dan sehingga sekarang famous iaitu kumpulan Iklim dengan lagu yang bertajuk “Suci Dalam Debu”.Lagu ini mungkin Ain berasa agak kekok,namun beliau harus membuatkan persembahan yang terbaik seperti mana2 konsert sebelum ini,Ain bagaimanapun graf persembahan setiap konsert snetiasa berubah2..kekadang bagus kekadang buruk..namun kualiti vocal Ain memang patut dipuji kerana jarang ada vocal semantap Ain.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Adira minggu ini diuji dengan lagu daripada penyanyi atau ratu rock Malaysia iaitu Ella.Lagu yang bertajuk Kitalah Bintang akan didendangkan oleh Adira sewaktu berlangsungnya konsert minggu kelapan ini.Bagaimanapun,kemampuan dan kehebatan vocal Adira akan terlaksana apabila jika Aidra Berjaya membawa lagu ini dengan versinya tersendiri.Bagaimanapun,dari sudut persembahan setiap minggu Adira merupakan pelajar perempuan yang sentiasa konssiten dalam setiap persembahan,namun Adira haruslah menguasai dengan lebih mantap dan ok lagik untuk menjadikan beliau sebagai Juara AF8 itupun jika peminat merasakan beliau sememangnya layak untuk bergelar Juara AF8…
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Farina pada minggu ini akan diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu daripada Aishah yang bertajuk Selanjur Bercinta.Lagu ini memang best namun Farina haruslah membawakan lagu ini dengan versinya tersendiri dan biar dan jadikan persembahan beliau terbaik pada malam itu,kalau tidak peminat akan tidak teragak2 akan tidak mengundi dan seterusnya beliau akan mengikut jejak langkah rakan2 atau pelajar2 yang sudah tersingkir…
-------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 11 April 2010

Penilaian Persembahan - Konsert Minggu Ke-4 AF8



Alhamdulilah,semalam persembahan kebanyakan pelajar semakin meningkat dan ada yang semakin down..

Ermm…aku pun tidak tahu apa dah nak jadi ngan pelajar-pelajar AF8 yang masih berada dalam akademi untuk meneruskan pengajian,semakin hari semakin nosan aku nengok gelagat mereka,bukannya serius nak belajar menyanyi ker tarian ker…

ermmmmm…maybe bosan kot duk dlm tu..kalau bosan.cakap awl2..leh kitorang semua tak yah undi…..hak2

Ermmm…okeylah,malas aku nak membebel panjang-panjang..so aku akan nilai persembahan pelajar malam tadi di KOnsert AF8 Minggu Keempat :


Nad (Realiti Dewi)
  • Alhamdulilah,akhirnya Nad berjaya membuat persembahan yang terbaik pada malam tadi
  • Kesungguhan beliau menyampaikan lagu Realiti Dewi agak berjaya
  • Penilaian : 7/10


Alif (Hanya Di Radio)
  • Persembahan bersahaja Cuma element dangdut menyebabkan lagu itu best
  • Penilaian : 4/10


Ain (Kawan)
  • Ain merupakan fav.student af8 bagi aku coz sore yang besh dan mantap
  • Tahniah Ain kerana berjaya membuat persembahan yang terbaik semalam
  • Tahniah kerana berjaya mendapat 2 lampu hijau
  • Penilaian : 8/10


Shahir (Always Be My Baby)
  • Ermm.okay gak si Shahir ni bawak lagu omputih
  • Cuma kena jaga key yang rendah ek..
  • Overall persembahan okay…
  • Penilaian : 5/10


Farina (Teruskanlah)
  • Minggu ini Farina okay n berjaya jugak bawa lagu itu
  • Vokal yang mantap
  • Berjaya memperolehi 1 lampu hijau
  • Penilaian : 6/10


Iwan (Kekasih Gelapku)
  • Persembahan paling kureng pada malam itu
  • Wake up Iwan….you can do it….next song
  • I hope you stay on akademi….
  • Penilaian : 4/10


Adira (Biarlah)
  • Persembahan Adira yang bagus dan memukaa
  • Penggunaan pentas yang bagus
  • Penilaian : 7/10


Daus (Mirage)
  • Persembahan yang bertenaga daripada Daus
  • Pelajar pertama yang berjaya memperolehi lampu Hijau daripada Adlin
  • Memperolehi 2 lampu hijau
  • Persembahan yang mantap
  • Penilaian : 9/10


Maulana (Biarkan)
  • Persembahan pelajar lelaki terbaik malam itu
  • Vokal semakin mantap
  • Persembahan pentas yang bagus
  • Penilaian : 10/10

Ranking Top Persembahan Konsert Keempat :
  1. Maulana
  2. Daus
  3. Ain
  4. Adira
  5. Nad
  6. Farina
  7. Shahir
  8. Iwan
  9. Alif

***** picture konsert AF8 - Minggu Ke-4 ****** thanks to Akmal Adli.....

Jumaat, 9 April 2010

Penilaian Persembahan - Konsert Minggu Ketiga AF8

Alif (Sesuatu Janji)
  • Minggu ni Alif berjaya membuatkan permulaan persembahan konsert menjadi mantap dan hebat
  • Beliau juga berjaya memperolehi 2 lampu hijau daripada Julidza Adlizan & Aznil Haji Nawawi
  • Penilaian : 8/10

Ain (Cinta Antara Benua)
  • Alhamdulilah minggu ini Ain berjaya membawakan lagu berentap balada daripada Arni Nazira
  • Cuma masa part chorus itu agak kasar skit,namun overall okay
  • Ain hanya berjaya mendapat 1 lampu hijau sahaja daripada Aznil Haji Nawawi
  • Penilaian : 7/10

Farina (Cantik)
  • Persembahan agak kurang minggu ini,Cuma ada sedikit peningkatan
  • Berjaya memperolehi 1 lampu hijau sahaja
  • Penilaian : 5/10

Shahir (Derita Cinta)
  • Lagu yang dibawakan si Shahir ini agak kemiripan penyanyi asal “Jamal Abdillah”.
  • Semasa Shahir membawakan lagu ini,banyak originality penyanyi asal.
  • Berjaya memperolehi 1 lampu hijau
  • Penilaian : 6/10

Iwan (Permaisuriku)
  • Minggu ini Iwan macam malas sangat nak menyanyi,cam orang lepas demam jer…
  • Iwan menghampakan semua juri pada malam itu
  • Penilaian : 5/10

Nad (Bulan Cinta)
  • Persembahan yang biasa sahaja,tiada apa yang menarik
  • Penilaian : 5/10

Maulana (So Sick)
  • Persembahan yang biasa namun tidak mengecewakan
  • Boleh diperbaguskan lagik
  • Penilaian : 7/10

Adira (Kini)
  • Persembahan yang biasa,seolah-olah Adira tidak dapat nak menguasai vocal beliau dengan lagu ini
  • Boleh dipertingkatkan lagik
  • Penilaian : 6/10

Daus (Separuh Jiwaku Pergi)
  • Persembahan yang mantap oleh pelajar lelaki pada malam itu
  • Bertambah2 dengan prop Intan Ladyana..hik2
  • Persembahan overall bagus…best
  • Penilaian : 8/10

Anum (Kau Atau Aku – Main Tarik Tali)
  • Persembahan yang mantap daripada pelajar wanita pada malam itu
  • Berjaya memperolehi 2 lampu hijau daripada Adlin dan Aznil
  • Penilaian : 9/10

Rabu, 7 April 2010

Lagu Tugasan Minggu Keempat - Konsert AF8

  1. DAUS - Mirage (Pesawat)
  2. IWAN - Kekasih Gelapku (Ungu)
  3. SHAHIR - Always be My Baby (David Cook)
  4. ALIF - Hanya Di Radio (Headwind)
  5. MAULANA - Biarkan (Vince)
  6. NAD - Realiti Dewi (Alyah)
  7. AIN - Kawan (Ruhil Amani)
  8. FARINA - Teruskanlah (Agnes Monica)
  9. ADIRA - Biarlah (Nidji)

Sabtu, 3 April 2010

Facebook Rasmi Pelajar AF8

Kepada anda ingin menyertai Fanpage Bintang AF8 ini,anda boleh klik pic kat bawah dan sertailah fanpage diorang....k...Berhiburlah dan bertukar2lah pendapat dalam forum fanpage bintang AF8 itu...


ADIRA FANPAGE


AIN FANPAGE


ALIF FANPAGE


ANUM FANPAGE


DAUS FANPAGE


EMA FANPAGE


FARINA FANPAGE


IWAN FANPAGE


MAULANA FANPAGE


NAD FANPAGE


SHAH FANPAGE


SHAHIR FANPAGE

Sesi Raptai Pelajar AF8 Menuju Konsert Ketiga AF8

ADIRA – Kini (Feminin)
Nampak tidak selesa. Kurang berinteraksi dengan kawan-kawan. Tarian dan nyanyian bersepah
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
Seperti ada yang tidak kena di akhir persembahan. Emosi sudah ada tapi perlu kawalan. Agak bermasalah sewaktu nota rendah
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
Persembahan baik, tetapi nafas semput dan nampak kaku. Espresi muka tidak mencukupi Vokal ok dan tepat dan pandai bermain dengan kamera. Perlu nampak lebih gembira
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
Pergerakan masih terlalu lemah cermat..
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
Espresi muka yang baik. Cuma nyanyian ada sumbang sedikit
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

FARINA – Cantik (Nikki)
Permulaan bagus tetapi tidak konsisten dan terlupa lirik. Tarian tidak meyakinkan tetapi sudah banyak peningkatan daripada minggu-minggu terdahulu. Nampak macam masih menyimpan
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
Nyanyian kurang menarik tetapi Iwan kata dia mahu menjaga suara. Mata tak bermain dengan kamera
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
Tempo lagu kena perlu sentiasa ada dalam diri dan perlu lebih menjiwai
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

NAD – Bulan Cinta (Eva)
Tidak cukup seksi!
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
Penghayatan hanya wujud di saat akhir. Sepanjang persembahan mata tak digunakan sepenuhnya. Suara OK, cuma…
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

Jumaat, 26 Mac 2010

komen : LAGU KONSERT KEDUA AF8

**********************************************

Shahir - JANGAN NAKAL (Alif Sattar)

Iwan - MENCARI KONKLUSI (Hujan)
Daus - MENATAP MATAMU (Aril AF
Alif -
Maulana -
Ema - PAKAI BUANG (Stacy AF6)
Nad - AKU WANITA BIASA (Krisdayanti)
Adira - KU PERCAYA ADA CINTA (Siti Nurhaliza)
Farina - KETENTUAN (Ramlah Ram)
Anum - SEKADAR DI PINGGIRAN (Francisca Peter)
Ain – LAGU HAPPY (Amy Mastura)

***********************************************


Berikut adalah senarai lagu yang akan dibawa oleh 11 pelajar AF8 untuk konsert kedua AF8 nanti.

Wow..itulah yang dapat aku katakan kerana kesemua lagu sedap-sedap didengari n latest belaka..Tahniah n thanks pihak pengurusan Astro kerana bagi lagu yang terbaik ini kepada semua pelajar.

Aku akan komen skit mengenai lagu yang diberikan oleh setiap pelajar pelajar AF8 untuk konsert minggu kedua ini.

Kita akan memulakan dengan pelajar lelaki dahulu.

SHAHIR (JANGAN NAKAL)
– Minggu ini Shahir telah diberikan lagu yang lain sedikit dari genre yang biasa kita dengar Shahir nyanyi.Berbeza dengan genre lagu yang disampaikan masa konsert TIRAI AF8 dan juga konsert pertama AF8 minggu lepas.Pada kali ini,lagu yang diberikan oleh cg berbeza sedikit dri genre seperti yang dibawakan oleh Shahir.Kali ini Shahir akan menyanyikan lagu yang dipoularkan oleh ALif Satar.Lagu yang menjadi siulan remaja sekarang iaitu Jangan Nakal sememangnya lagu yang bergenre Pop. Mampukah Shahir membawakan lagu Jangan Nakal ini dengan versi beliau sendirik.Nantikan konsert pada minggu depan ini….

IWAN (MENCARI KONKLUSI)
– Tahniah Iwan kerana menjadi pelajar terbaik pilihan tenaga pengajar.Iwan sememangnya pelajar yang Berjaya membuatkan persembahannya sentiasa konsisten dan menjaga suaranya dengan baik sekali.Kita imbas balik,Iwan telah menyanyikan lagu Coba nyanyian Faizal Tahir semasa konsert Tirai AF8 dan Berjaya menarik hati semua peminat dan hati juri untuk memberikan komen yang terbaik untuknya.Tidak terlalu over mengatakan yang beliau pelajar lelaki yang paling menyerlah semasa konsert TIRAI AF8 itu.Pada konsert pertama AF8 pula,beliau telah diberikan lagu Inggeris yang bertajuk Havent Met You Yet nyanyian Michael Buble.Memang persembahan yang mantap sehinggakan ramai yang meramalkan Iwan bakal melangkah ke final walaupun tinggal 9 konsert lagik.Begitu juga Edrie Abdul Halim yang mengatakan kepada Iwan supaya meminta Iwan mintak MC dengan doctor dan dating perform masa final nanti…hik2….wow..satu pujian yang hebat tuh…Pada konsert kedua ini,Iwan telah diberikan cabaran untuk membawakan lagu Mencari Konklusi nyanyian band indie yang popular kat Malaysia ini iaitu Hujan.Ramai yang dan anggar yang Iwan mungkin akan membawakan lagu Mencari Konklusi kerana suaranya sesuai untuk bawak lagu tersebut,namun mampukah Iwan mengalas tugas ini.Harap-harap dapat…biar dapat persembahan terbaik pula….

DAUS (MENATAP MATAMU)
– Ha..inilah salah seorang pelajar AF8 dari Sarawak…kitak Sarawak nok…hak2…Daus ni merupakan salah seorang pelajar yang pemalu…diam jer dalam kelas ketika siaran Diari Harian AF8 yang disiarkan dalam astro Ria tuh.Daus telah melakukan percaturan yang kurang berkesan ketika mendendangkan lagu Bye Bye Bye daripada kumpulan Inggeris yang popular ketika dahulu iaitu Nysnc.Lagu itu tidak matching dengan suara beliau kerana lagu itu terlalu rancak dan keadaan vocal Daus pula agak slow sedikit.Ini sekali gus mencacat cela kan lagu tersebut sehinggakan barisan pengkritik mengkritik persembahannya dan merasakan Daus salah memilih lagu tersebut.Untuk konsert pertama pula,Daus telah diberikan tugas untuk membawa lagu Cari Jodoh daripada band popular di Malaysia dan juga Indonesia iaitu Wali Band.Lagu Cari Jodoh tersebut telah menjadi siulan ramai remaja sekarang terutama kanak-kanak yang semakin ingat part bahagian “ ibu-ibu bapak bapak……”errmmm..Namun persembahan Daus pada malam itu agak biasa sahaja tiada apa yang menarik.Ramai yang beranggap mungkin Daus akan membuat yang terbaik dengan lagu tersebut,namun dengan bantuan penari2 pelajar lelaki dalam persembahan tersebut kurang Berjaya untuk membuatkan Daus melakukan persembahan yang hebat.Untuk minggu kedua pula,Daus telah diberikan lagu daripada pemenang tempat ketiga AF7 dan juga pengacara TREK SELEBERITI yang baru iaitu Aril dengan lagu Menatap Matamu.Lagu ini agak besh..dan melodinya sangat bagus..namun mampukah Daus membawakan lagu ini pada konsert kedua nanti…Atau lagu ini juga akan menjadi mangsa seperti lagu Cari Jodoh..apa-apa pun saksikan nanti konsert kedua AF8 yang akan dsiarkan siaran langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

ALIF (????????)
- Minggu ini Alif akan mendendangkan lagu inggeris..tapi gue xtahu tajuk per…sorry ek untuk fanAlif AF8.Pada minggu lepas,Alif telah mendendangkan lagu Kau Aku daripada Aizat.Beliau dapat membawakan lagu tersebut dengan baik sekali,namun sikap Alif apabila berada di akademi dan di pentas mungkin tidak Nampak seperti Jantan tulen (ermmm.paham2 je la apa yang aku cakap tu ek..kang cakap lebih2 lak…nt kena sound…hahahaaa…) Apa-apa pun..gud luck Alif…Tapi yang aku x suka about Alif ni coz dier buat2 jer sore dier time nyanyi……

MAULANA (??????)
– Akhirnya Maulana akan mendendangkan lagu favourite ibunya..Haaa…pasti korang ternanti2 persembahan beliau.Pada minggu lepas,Maulana telah memberikan persembahan yang mantap dengan mendendangkan lagu daripada band Indie iaitu Bunkface dengan tajuk lagu “Extravaganza”.

Berbalik pula kepada pelajar perempuan :::

ADIRA (KU PERCAYA ADA CINTA)
– Ha…pada minggu lepas,Adira telah mendapat pelajar terbaik bersama Iwan.Beliau dapat memberikan persembahan yang mantap dan hebat.Adira telah membawa lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal oleh Jaclyn Victor dengan begitu baik sekali..tetapi kekadang time dier jerit..tu high pitch yang tinggi..cam menjerit lak aku nengoknya…bukannya menyanyi… hhahaa…apa-apa pun minggu ini,Adira akan diberikan tugasan untuk membawa lagu daripada diva no.1 Malaysia dan juga penyanyi no.1 Malaysia iaitu Dato’Siti Nurhaliza dengan lagu Ku Percaya Ada Cinta.Lagu tersebut memang best apabila kita menghayati baris-baris lirik dan elemen muzik yang diciptakan..Namun mampukah Adira membawakan lagu tersebut dengan versinya tersendirik..Apa-apa pun..jangan ikut suara Dato Ct dah ler….jangan ikut gaya Dato Siti k…

AIN (LAGU HAPPY)
– Ain bagaimanapun telah mengecewakan saya dan peminat-peminatnya pada minggu lepas kerana persembahan yang kureng best dalam konsert lepas,Ain yang telah membawakan lagu Hey Ladies dalam konsert pertama tidak Berjaya menarik hati peminat untuk mengundi beliau dan juga hati juri untuk memberikan komen yang terbaik.Sekali gus telah menghampakan semua orang yang mana beranggapan yang Ain akan membuat persembahan yang terbaik pada minggu lepas.Mungkin Ain tidak suka lagu yang terlampau rancak dan fast…So..kawalan sore dier agak lemah sekali time menyanyikan lagu tersebut.Namun pada minggu ini,Ain sekali lagi diberikan tugasan dengan lagu yang agak fast juga daripada penyanyi kecil molek iaitu Amy Mastura dengan lagu Lagu Happy.Lagu Happy merupakan lagu yang sangat fast n best kalau kita dengar betul2…lagu yang memang betul2 happy….memang sesuai la dengan tajuk lagunya itu….Apa-apapun.Good Luck Ain….

ANUM (SEKADAR DI PINGGIRAN)
– Ha……minat bersuara rock ini akan mendendangkan lagu daripada penyanyi popular 90’an iaitu Fransisca Peter dengan lagu hitsnya “Sekadar Di Pinggiran”.Anum telah Berjaya mendendangkan lagu Aku Tak Percaya Cinta daripada Liyana Jasmay,namun Anum masih lagi boleh belajar untuk cara mengawal suara agar tidak sumbang time nyanyi….

EMA (PAKAI BUANG)
– Kali ini,Ema diberikan lagu fast iaitu lagu daripada Juara AF6 iaitu Stacy dengan lagu “Pakai Buang”.Lagu Pakai Buang memang fast n tempo yang laju …so mampukah Ema mendendangkan lagu Pakai Buang itu pada konsert kedua nanti…kita sama-sama saksikan yer..kalau Berjaya.. alhamdulilah..kalau tak..so tadah la telinga dengan kritikan pedas juri tuh…Minggu lepas,Ema telah mendendangkan lagu daripada Marsha yang bertajuk Yang Terbaik.Overall persembahan yang baik la..Cuma sesekali tu dengan suara cam penyanyi asal jugak….

FARINA (KETENTUAN)
– Kasihan Farina pada minggu lepas kerana dihentam dengan kritikan yang agak pedas daripada Adlin Aman Ramlli….memang kesian aku nengoknya..namun betul juga apa yang dicakapkan oleh Adlin tu,persembahan Farina pada malam itu agak lemah dan tidak Berjaya..Beliau seolah2 tidak menghayati dengan betul-betul lagu tersebut.Farina pada minggu lepas telah mendendangkan lagu hot n latest daripada penyanyi sohor Barat iaitu Lady Gaga dengan lagu Paparazzi.Sayangnya..lagu sedap..Cuma penyanyi yang mendendangkan pada malam itu kureng…hik2..sorry for fan Farina…..Pada minggu ini pula,Farina telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu Ketentuan daripada Ramlah Ram..Memang lagu nih favourite aku nih..sedap nak dgr…..sayang ar kalau beri bad performance pada malam tu…hopely…good performance lak ek….

NAD (AKU WANITA BIASA)
– Nad juga dikritik hebat oleh barisan juri pada minggu lepas setelah mendendangkan lagu daripada Farah Asyikin yang bertajuk ERT.Lagu tersebut merupakan lagu soundtrack daripada filem Pisau Cukur.Namun,kegagalan Nad bermain dan menunjukkan watak mengoda dalam persembahan beliau itulah dikritik hebat oleh juri terutama Adlin.Adlin merasakan yang Nad agak tidak sesuai mendendangkan lagu tersebut jika dibandingkan dengan perwatakan yang sedikit tomboy itu,Namun minggu ini,Nad diberi tugasan untuk mendendangkan lagu yang very-very famous sekarang iaitu Aku Wanita Biasa dendangan asal daripada Kris Dayanti.Lagu tersebut memang slow melodynya…namun..mampukah Nad membawa lagu ini dengan versinya tersendiri..nantikan konsert kedua nanti…

Selasa, 16 Mac 2010

Tugasan Pelajar di Konsert Pertama AF8

Ha..hari ni sempat aku laying Diari AF8 episod ke-2 nih…Kul 7.30 ptg tadik…Seronok gak tengok si Jimmy Shanley ni mengacarakan program tersebut..Memang sesuai gitu…Overall okay semua..

Dalam sedutan diari hari ini iaitu bersamaan Hari Selasa bertarikh 16/03/2010 pelajar-pelajar telah diberikan lagu-lagu yang akan mereka dendangkan pada KOnsert Pertama Akademi Fantasia musim kelapan nanti.Mereka akan mendendangkan lagu masing-masing yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Astro dan telah disampaikan oleh Pengetua af8 iaitu Norman Abdul Halim disamping tenaga pengajar yang lain.

Sebanyak 12 lagu telah diberikan kepada seluruh pelajar-pelajar AF8 untuk didendangkan pada konsert pertama nanti dan satu lagu bonus yang akan didendangkan pada program “DEBARAN AF8”.Berikut adalah lagu-lagu yang akan didendangkan oleh setiap pelajar pada konsert pertama nanti :

LELAKI
  1. SHAH – Bengang (Akim)
  2. ALIF - Kau Aku (Aizat)
  3. SHAHIR – Khatimah Cinta (6ixth Sense)
  4. IWAN – Havent Met You Yet (Micheal Buble)
  5. MAULANA – Extravaganza (Bunkface)
  6. DAUS – Cari Jodoh (Wali)
WANITA
  1. AIN – Hey Ladies (Rossa)
  2. FARINA – Paparazzi (Lady Gaga)
  3. ANUM – Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)
  4. NAD – ERT (Farah Asyikin)
  5. EMA – Yang Terbaik (Marsha)
  6. ADIRA – Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

LAGU BONUS : Jangan Ada Benci (CaseY) – Semua Pelajar AF8

Ahad, 14 Mac 2010

Persembahan Pelajar - Tirai AF8

Inilah dier persembahan daripada 12 pelajar Akademi Fantasia ke-8 yang telah menghiburkan anda pada malam TIRAI AKADEMI FANTASIA 8 :

Nama Pelajar : Farina
Tajuk Lagu : Tiada Lagi
Persembahan : 6/10




Nama Pelajar : Shah
Tajuk Lagu : Drama King
Persembahan " 8/10




Nama Pelajar : Anum
Tajuk Lagu : Pelesit Kota
Persembahan : 5/10



Nama Pelajar : Daus
Tajuk Lagu : Bye Bye Bye
Persembahan : 5/10



Nama Pelajar : Ema
Tajuk Lagu :
Persembahan : 5/10



Nama Pelajar : Adira
Tajuk Lagu :
Persembahan : 6/10



Nama Pelajar : Maulana
Tajuk Lagu : Tekad
Persembahan : 8/10




Nama Pelajar : Alif
Tajuk Lagu :
Persembahan : 4/10



Nama Pelajar : Nad
Tajuk Lagu :
Persembahan : 6/10



Nama Pelajar : Iwan
Tajuk Lagu : Coba
Persembahan : 8/10



Nama Pelajar : Shahir
Tajuk Lagu :
Persembahan : 6/10




Nama Pelajar : Ain
Tajuk Lagu : The Climb
Persembahan : 10/10 (good) (pilihan minggu in
i)

Negara Pelawat Blog


free counters