Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Ahad, 8 Februari 2009

Diari : Kenangan Ke Kem Kepimpinan Kerisma SMKTM2 Di Kem Etnobotani Gua Musang

Episode 1

Hari ni aku dan semua pelajar tingkatan 6 SMKTM2 akan berangkat ke Kem Etnobotani di Gua Musang untuk menyertai Kem Kepimpinan Kerisma SMKTM2 anjuran SMKTM2 dan Persatuan Pelajar Prauniversiti 2009.Kami akan berkehmah di kem tersebut selama 4 hari 3 malam.Kami bertolak dari Tanah Merah menaiki keretapi di stesen keretapi Tanah Merah pada pukul 7.30pg..Kesemua pelajar yang mengikuti kem tersebut adalah 160 orang dan 10 orang guru-guru yang mengiringi.Antara guru-guru yang mengiringi perjalanan kami ke kem tersebut ialah Cikgu Amran,Cikgu Saiful Adli,Pn.Salina,Pn.Surina,Pn.Zuraida..Kesemua guru tersebut akan mengiringi ke kem menaiki keretapi.

Ada juga cikgu yang menaiki kenderaan seperti Ketua Kem Komandan kami Cikgu Syed Arrifin,cikgu Lee Hua Mee,Pn.Chan,Pn.Husnirawati,Pn.Aidah,Pn.Rohana Salleh dan Pn.Rohana Mamat.Kami menaiki keretapi tepat pada pukul 7.45pg..Kami semua berasa gembira kerana pertama kali naik keretapi yang local (yang biasa)..coz selama ni kitorang hanya pernah menaiki keretapi Express Wau jer (kira ada ekon…).Kira ni la pengalaman yang tidak dapat kami lupakan sepanjang hayat kami menaiki keretapi ke Gua Musang.

Ada juga pelajar yang tidak dapat duduk semasa berada dalam keretapi semasa hendak ke Gua Musang…jadi terpaksa ler mereka berdiri selama 4 jam….oh…penat giler la tu..Hampir 4 jam perjalanan diambil untuk sampai di Gua Musang.Kami tiba di Gua Musang pada pukul 11.30pg..Setelah tiba di Stesen Keretapi Gua Musang,kami terus berkumpul di disana untuk pastikan kami tidak tertinggal barang dalam keretapi dan ahli kumpulan kami.Kami telah dibahagikan kumpulan sebelum bertolak ke kem tersebut.Kumpulan tersebut telah dibahagikan seminggu sebelum hari raya cina lagi di sekolah.Sebanyak 15 buah kumpulan yang kami ada untuk ke kem tersebut.Aku berada dalam kumpulan 14.

Seramai 10 orang ahli kumpulan aku iaitu :

• Apih
• Zulftrie
• Akram
• Suhaida
• Salmiza
• Ana
• Esmaliza
• Farah
• Suzi
• Mazni

Setelah kami tiba di stesen keratapi Gua Musang itu,bas telah disediakan untuk mengangkut kami ke Kem Etnobotani dan juga sebuah van.Sementara bas menghantar kumpulan 1,aku Jabal,Juan dan yang lain-lain menikmati juadaha makan tengahhari untuk mengisi perut yang kosong.Aku pada waktu tu sangat lapar dan letih..Rasa macam nak demam jer..tapii nasib baikAku terpaksa pergi menaiki bas kali kedua coz untuk kumpulan 1 sudahpun penuh..Setelah kesemua kami dihantar ke kem tersebut..Kami pun tiba di kem tersebut pada pukul 1ptg…Kami pun berehat seketika untuk melepaskan penat di dewan Kem Etnobotani.Setelah kesemua dihantar ke kem tersebut.cikgu menyuruh kami mencari tempat mendirikan khemah masing-masing mengikut kumpulan.Kami memilih kawasan perkhemahan yang berdekatan dengan dewan dan dibawah pohon yang teduh…

Setelah itu kami diberikan khemah untuk mendirikan sebagai tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam.Kami dibahagikan kawasan perkhemahan diantara kawasan perkhemahan lelaki dan kawasan perkhemaha perempuanKami pun mendirikan khemah tersebut dengan kerjasama ahli kami seperti Shafiq,Serol,Alif,Lan,APih,Juan,jena,Jabal dan ramai lagi..Setelah kami siap mendirikan khemah kami dipanggil untuk diberikan taklimat sepenuhnya pada hari tersebut…

Bersambung……nanti kan episode 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters