Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 20 Februari 2009

Pengalaman Derma Darah

Salam semua...

Kelamrin (19/02/2009),pihak Hospital Tanah Merah dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2 telah mengadakan kempen menderma darah dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan 6.Majlis kempen menderma darah itu bermula pada pukul 9.00 pg hingga 12.30 tengahhari.

Kempen tersebut telah diadakan di hadapan mussala dan koperasi SMKTM2,beberapa doktor dan pembantu doktor dan juga nurse hadir untuk menguruskan kempen derma ni...

Beberapa pelajar tingkatan 6 telah memberanikan diri untuk menderma.Termasuklah aku sendiri.Aku ni semangat berkobar-kobar nak derma darah.Cikgu Syed sudah bercakap pasal kempen derma darah ini pada minggu lepas lagi,aku terus jer iklhas nak memndermakan darahku..So...impian aku nak derma darah akhirnya termakbul juga...

Aku dan member kelas aku turun ke tempat derma darah,aku tengok ramai pelajar tingkatan 6 mengisi borang untuk menderma darah.Sebelum menderma darah diorang hendaklah :

  1. pastikan makan dahulu
  2. isi borang yang disediakan
  3. ambil keterangan pasal berat dan keadaan darah dan pergerakan nadi
  4. kemudian ambil darah (tentukan jenis darah)....
  5. jumpa dengan doktor bagi yang hendak menderma..
  6. setelah doktor kata ok....terus ker tempat ambil beg-beg darah....
  7. tunggu sehingga ada tempat untuk derma darah...
Aku begitu lama untuk menderma darah..

First,aku pergi la ambil borang,kemudian isi..dan lepas tu aku nak la timbang berat aku...tiba-tiba si nurse sorang tu cakap berat aku tak melepasi untuk menderma darah...dier kata berat aku just 43kg,....terkejut gak aku coz setahu aku berat aku pernah timbang 45 keats...kekadang 49kg...aku jadi keliaru...lepas tu aku diusurh check darah dan keadaan nadi...biasa la kalu bab jarum ni aku jadi nervous selalu...so darah aku ni naik...dier kata rilek...lepas tu dier ambik satu lagi tekanan darah..so dah ok...

Selepas itu,aku dan member aku gi ke kantin dahulu sebelum nak menderma darah...makan punya makan...lepas jer siap aku terus gi timbang seklai lagi dan isi borang seklai lagi...aku timbang kali kedua...tut..tut...memang berat aku 47kg...so nurse tu jer maybe rabun kot..biasa la dah tua..

Aku pun layak la nak derma darah...setelah ambil prosedure diatas,aku pun dapat la beg darah yang perlu aku isikan..dan hadiah daripada Hospital Tanah Merah iaitu kain diberikan setiap seorang bagi yang menderma...

So...aku pun derma la darah...sakit jugak la masa dier cucuk dengan jarum untuk first tu...lepas tu dier masukkan jarum untuk saluran....HA (Hospital Assitant) menyuruh aku pam tangan supaya darah mengalir keluar..so aku pun pam la.....ramai yang kata aku paling cepat menderma darah kerana sekejap jer...he2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters