Hari ni bertarikh 25 Februari 2009 menjadi hari yang paling seronok dan gembira dalam hidup aku kerana ini merupakan pengalaman yang aku tidak dapat lupai.Pengalaman ke Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian,Kelantan.Aku ke sana bersama rombongan budak-budak Sains Sukan disamping guru-guru penasihat atau iringan iaitu Cikgu Saiful Adli,Cikgu Amiran,Cikgu Azhar,Pn.Salina Tan Abdullah,Pn.Surina..
Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi di hadapan sekolah.Kami ke kampus tersebut dengan menaiki sebuah bas.Seramai 40 orang pelajar dan 5 guru iringan yang mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ini.Kami tiba di kampus USM pada pukul 9.30pg...dan dijemput oleh Pegawai Jabatan Sains USM seramai 3 orang.
Pertama kami diarah masuk ke dalam bilik or tempat di mana Jabatan Sains Sukan.Disana ada pelbagai kajian dan alat-alat yang tidak pernah aku nampak dan lihat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan