Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Ogos 2011

Bila Syawal Menjelma....

Assalamualaikum dan Salam buat semua...

sudah lama aku tidak mengUDPATE blog aku nih..maklumlah..aku busy kot...busy la sgt..kejenya tido,makan,relax kat umah..tu jer keje aku..so...takde apa yang hendak buat..so,aku amik inisiatif untuk merehatkan badan aku dengan tdo..

Ermmm...nampaknya hari ni sudah pun masuk hari ke-27 kita berpuasa. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat..apa yang pasti tinggal 3 hari lagi untuk kita meraikan hari kemenangan setelah hampir sebulan kita berpuasa iaitu meraikan Hari Raya AidilFitri.

Bila sebut jer pasal Syawal..hahahaha..dalam fikiran kita pasti akan teringat tentang duit raya , kuih raya , yang penting baju raya..kalau takde baju raya alamak xbest kot raya..semua serba baru la biler hari raya nih..hehehe..apa apa pun.hari ni aku nak kupaskan ckit isu BILA SYAWAL MENJELMA....

Ahad, 7 Ogos 2011

RAMADAN BAGI KU

Alhamdulilah,semalam selesai aku mengerjakan ibadah puasa untuk hari ke-enam..nampaknya tinggal 24 hari lagi untuk meraikan hari yang penuh bermakna iaitu Hari Raya AidilFitri.sape la xnak raya,ramai yang nak raya daripada puasa ni...tapi bagi aku saat yang ditunggu adalah puasa kerana puasa la mengajar aku erti kesabaran,kawal emosi marah dan macam-macam lagik...tapi bagi kanak-kanak mungkin agak sukar ckit untuk memenuhkan puasa mahupun berpuasa.Ye lah..bagi diorang HARI RAYA lagi best dari puasa..kerana puasa LETIH...kalau RAYA..dapat baju raya mahupun kasut baru dan semua lah BARU...

bagi aku RAMADAN kali ini mungkin bermakna bagi aku kerana tahun ni aku sempat berbuka puasa dan bersahur bersama dengan family aku.Tidak seperti tahun lepas kerana RAMADAN tahun lepas aku berpuasa dan bersahur bersama kengkawan di Universiti Utara Malaysia kerana melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang PEMASARAN.so aku menggunakan peluang ini sebaik2nya untuk berpuasa dengan family aku.

Kalau di UUM,maybe aku jarang bersahur kot..coz kat sana pun tido lebih kurang pukul 2..so memang mengantuk giler la kalau bangun pastu..bertambah pulak nak bangun sembahyang SUBUH..memang tak terbangun..last2..bangun time nak g kelas :)

Tapi kat umah,my lovely mom tolongkan kejutkan untuk bersahur dan bersahur sekali dengan family.Memang happy dan best sangat2..aku suka bersahur bersama dengan family :) dapat makan banyak2 time bersahur (banyak ker...ker mengantuk banyak..leh tido...hihihihii)

Pasal solat terawih pula..hehehe..dulu aku sempat solat selama 2 minggu di UUM..pastu x g dah..n then sambung kat umah seminggu selepas pulang dari UUM..sehinggalah berakhirnya solat terawih dan menyambut AidilFitri.

Apa-apa pun..satu jer aku ingin ucapkan..SYUKUR..kerana dapat berpuasa bersama family yang tercinta....

So,korang yang berpuasa di perantauan,puasa elok2 ea..hehehe..jangan ponteng puasa lak :p

Salam Ramadan.....

Rabu, 3 Ogos 2011

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH


Ha..inilah dia..kelebihan bagi orang yang mengerjakan solat terawih, dan banyak ganjaran yang bakal diperolehi kepada sesiapa yang mengerjakan solat terawih ini setiap malam ketika bulan Ramadan.Hayatilah malam solat Terawih ditempat anda dan lakukan ibadat ini dengan ikhlas :)

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
=> Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
=> Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
=> Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
=> Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
=> Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
=> Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
=> Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
=> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
=> Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
=> Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
=> Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
=> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
=> Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
=> Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
=> Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
=> Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
=> Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
=> Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
=> Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
=> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
=> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
=> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
=> Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
=> Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
=> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
=> Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
=> Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Jumaat, 29 Julai 2011

ISTIMEWA RAMADAN OLEH ASTRO

Nampaknya stesen berbayar yang semakin popula ASTRO telah pun mengambil inisiatif dalam menerbitkan pelbagai rancangan yang menarik sepanjang bulan Ramadan nanti.Astro Ria mahupun Prima,Oasis atau Ceria banyak memaparkan drama-drama atau program yang menarik untuk disaksikan oleh kesemua lapisan masyarakat.

Disini MyApih dah sediakan senarai program tv Astro sepanjang bulan ramadan untuk saluran Astro Oasis,Astro Prima,Astro Ria dan juga Astro Ceria.


Astro Oasis (saluran 106)

1. Para Pencari Tuhan (Sinetron 25 episod)
Tarikh: Mulai 9 Ogos (Isnin – Jumaat)
Masa: 1.30 Petang

2. Flag of Truth (Drama Arab)
Tarikh: Sepanjang Ramadan
Masa: 2.30 Petang

3. Geng Surau (Drama 20 episod)
Tarikh: Mulai 10 Ogos (Selasa-Sabtu)
Masa: 7.30 Malam

4. Tadarus Al-Quran (Program agama)
Tarikh: Sepanjang Ramadan
Masa:12.00 Tengah Malam

5. Sembahyang Terawih (Program agama)
Tarikh: Sepanjang Ramadan
Masa:1.30 Pagi


Astro Prima (saluran 105)

1. Qalesya (Drama 20 episod)
Tarikh: Mulai 9 Ogos (Isnin-khamis)
Masa: 9.00 Malam

2. Merisik Khabar (Program majalah)
Tarikh: Mulai 9 Ogos (Isnin- Khamis)
Masa: 7.30 Malam

3. Isteri Buat Ayahku (Telemovie)
Tarikh: Ahad, 8 Ogos
Masa:10 Malam

4. Mee Janda (Telemovie)
Tarikh: Ahad 15 Ogos
Masa:10.00 Malam

5. Burger Layan Diri (Telemovie)
Tarikh: Ahad, 22 Ogos
Masa: 10.00 Malam

6. The Tarik Kurang Manis (Telemovie)
Tarikh: Ahad, 29 Ogos
Masa: 10.00 Malam

7. Anak Rintih (Telemovie)
Tarikh: Ahad, 5 September
Masa:10.00 Malam

Astro Ria (Saluran 104)

1. Uniknya Ramadan…Shahir (Realiti majalah)
Tarikh: Mulai 15 Ogos (Setiap Ahad)
Masa:7.30 Malam

Astro Ceria (Saluran 611)

1. Ninja Boy (Aniamasi kartun)
Tarikh: Mulai 6 September (Isnin- Khamis)
Masa: 1.00 Petang

Astro Awani (Saluran 501)

1. Suara Generasi (Dokumentari & bual bicara)
Tarikh: Mulai 15 Ogos (Setiap Ahad)
Masa: 6.30 Petang

Astro Warna (Saluran 132)

1. Alang Menanti Malang (Drama 13 episod)
Tarikh: Mulai 31 Ogos (Setiap Selasa)
Masa: 9.00 Malam

2. Terkono (Program permainan hiburan)
Tarikh: Mulai 4 Ogos (Setiap Rabu)
Masa: 9.30 Malam

Astro Citra (Saluran 131 )

1. Slot Sinema Sahur
Tarikh: Sepanjang Ramadan
Masa: 4.30 petang

Khamis, 28 Julai 2011

RAMADAN AL-MUBARAK

Allhamdulilah , syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi saya mengupdatekan blog ni. Nampaknya tinggal 3 hari sahaja lagi nak menyambut bulan yang penuh berkat iaitu Bulan RAMADAN AL-MUBARAK. Tidak sabar rasanya nak menghadapi bulan yang penuh banyak pahala yang diberikan dan pada bulan ini lah juga syaitan2 akan diikat.

Puasa,sudah semestinya dalam pikiran kita,kita memikirkan juadah puasa,bazar ramadan,sahur dan tak lupa juga solat terawih.

JUADAH PUASA :: heehehe..sebut jer pasal juadah untuk berbuka ,pasti la menjadi tumpuan.Ye la, bila time bulan PUASA ni semua nak pelahap , padahal makan ckit jer, yang banyaknya minum air . tapi disebabkan nafsu yang serekah (jahatnya ayat) semua pakat main nak beli jer..nak yang tu la , nak yang ni la..hahaha..macam2..Bercakap mengenai juadah puasa, tentu korang ad makanan favourite tersendiri kan semasa nak berbuka , bagi aku fav. time bulan puasa utk dijadikan dish for berbuka ialah lauk ayam percik merah, somtam , dan x lupa juga ikan pari sekali dengan sambal belacan..perghhhh..sedap ooooo (meleleh air liur aku bila bercakap mengenai makanan nih terutama ckp pasal sambal belacan) dan air lak..aku just nk air yang biasa jer...senang nak minum..dan kuih pulak..aku suka kiuh akok dan onde-onde.. :)) aku suka giler kuih nih....like2...

BAZAR RAMADAN :: hahaha..setiap pelusuk dunia termasuk negara Malaysia pasti ad bazar Ramadan atau dikenali kat kelate Pasar Ramadan . Kat sini la ramai orang membeli belah makanan yntuk dijadikan juadah untuk berbuka nanti. Kat sini la manusia2 yang tamak akan nampak keadaannya..mana xnya..semua nak beli..kalu leh..setiap gerai kena beli..hahaah..ingat jangan membazir sangat..Allah tidak suka :)) selalunya Bazar Ramadan ni buka seawal kul 3ptg hingga 8 malam..so ramai la yang lepas2 keje trus singgah bazar Ramadan utk beli makanan tuk berbuka dan ad juga masak sendiri kat umah

SAHUR :: hahaah..ni la perkara yang paling rumit skit nak bangun time bulan puasa , ye la Sahur saper la nak makan pagi2 sangat , so lebih baik tidur, tapi bagi aku,aku akan tetap bersahur kerana ia adalah sunat so kita ikut. Sahur selalunya mengikut keadaan tempat dan waktu imsak pula ialah waktu xleh nk makan maknanya waktu dah dkt nak subuh.selalunya waktu sahur bagi SABAH dan SARAWAK lagi awal kerana keadaan mereka laen ckit dri Semenanjung Malaysia. So masa ni la susah nak kejutkan utk bersahur kerana sedap melayan mimpi. Bagi aku bersahur untuk mengalas perut untuk ita berpuasa satu hari :))

SOLAT SUNAT TERAWIH :: solat sunat ini tiada dalam bulan laen, hanya dalam bulan Ramadan sahaja. oleh itu banyak ganjaran dan pahala kepada sesiapa yang mengerjakan solat sunat terawih ni kat kg korang. aku kekadang pergi kekadang x..t aku akan update pasal ganjaran dan pahala setiap malam solat sunat terawih :))

okeylah, memandangkan dah nak dekat puasa, aku nak mohon maaf kepada semua kengkawan dan shabat handai, jika aku ad tersilap bicara selama ni , aku nak mintak maaf banyak2, semoga ramadan kali ini lebih bermakna untuk kita semua :))

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Rabu, 27 Julai 2011

SAMARINDA : RAMADAN TERAKHIR


nampaknya belum sempat masuk bulan yang dinantikan seluruh umat Islam iaitu bulan Ramadan yang penuh berkat, pihak stesen TV3 telah pun menyajikan drama-drama berunsur keinsafan sempena kedatangan bulan Ramadan kali ini. Drama yang diberikan tajuk " RAMADAN TERAKHIR " ini telah pun disiarkan setelah drama " ANISSA" telah pun berakhir episodnya.Giliran drama " RAMADAN TERAKHIR " pula mengisi slot SAMARINDA.

Drama Ramadan Terakhir ini merupakan arahan sulung Ungku Ismail dan dibintangi oleh beberapa artis seperti Esma Daniel, Fazlina Ahmad , Tasha Shilla Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana (Juvana) dan ramai lagi.

Okeylah,MYAPIH nak kongsikan sedikit sinopsis " Ramadan Terakhir " utk korang paham jalan cerita ini yerrr...t jangan lupa saksikan drama tersebut yang disiarkan dalam slot SAMARINDA setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 10.30mlm di TV3


Cerita Ramadan Terakhir ini mengisahkan tenang Hisham iaitu seorang usahawan yang berjaya. Hisham juga di dapati diri dia telah dijangkiti HIV positif. Penyakit kronik yang membawa maut yang mampu bertahan selama beberapa bulan sahaja untuk dia hidup. Manakala isteri dan anaknya terumbang ambing dik kerana duniawi.

Cerita Hisham dalam drama Ramadan Terakhir adalah mengenai suami yang bertekad untuk memperbetulkan semula haluan hidup dia yang telah tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Manakala Isterinya Mazni memandang suaminya Hisham bergitu sinis sekali kerana alpa dibuai keenakan dan keseronokan dunia. Yang menyedihkan lagi anaknya Daniel turut terhanyut dalam duniawi yang penuh dosa. Arak dan parti serta pergaulan bebas menjadikan mereka hidup dalam kebiasaan. Hisham bertekad untuk memulihkan kembali isteri dan anak-anaknya.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

P/S :
bagi aku ni sebuah drama keinsafan yang menarik hati aku tengok episod pertama lagi. Ia sebuah drama yang hebat daripada producer Shahrulezad (i like all your drama's) :)

Isnin, 13 September 2010

corat-coret raya 2010

wah..nampaknya hari ni sudah masuk hari keeempat kita berhari raya..namun feeling aku tetap x mcm hari raya entah la..hari raya pertama lagik aku rasa bukan mcm hari raya....huhuhuuu

aku pun xdpt kesan apa faktor yang menyebabkan hari raya tahun ni kureng...hohohoo..memang x happening ar..x mcm tahun2 lepas....

raya tahun ni cam biasa jer....segala persiapan dilakukan dengan sederhana....al-maklumlah...sekarang nih bajet kurang..so perbelanjaan kena kurangkan jugak...x elok membazir...itu adalah amalan SYAITAN.....

okeylah..dah la aku membebel nya...naik menanah telinga para followe blog aku nih...okeylah..aku akan mencorat-coretkan hari raya pertama di kampungku....

MALAM RAYA :::::
  • seperti biasa...malam nilah..malam yang paling sibuk bagi seluruh umat islam utk menyambut hari raya nanti....especially ibu2...
  • masakan special utk hari raya nanti adalah : Nasi Minyak - Rendang - Ketupat - Roti Jala
  • my mom masakan memang sedap.....nyum2......
  • umi sibuk memasak juadah untuk pagi raya...
  • aku,,kak long sibuk pasang kain langsir...
  • yang lain...malas......
  • aktiviti memasak juadah berjalan lancar...
  • aktiviti main mercun....
  • seronok..dgr berdentum-dentum bunyi mercun...

HARI RAYA PERTAMA :::::
  • bangun lewat.....tido lambat
  • x pergi sembahyang raya...
  • x sempat nk gosok baju raya.....(berkedut...)
  • orang ramai dtg beraya....
  • sanak-saudara dtg umah...utk menikmati juadah....
  • member lama (kelas 5P1 - Farah & Mieje) dtg umah
  • layan tetamu
  • berkunjung umah nenek & datuk...
  • seronok...penat
perghhh..memang seronok dan penat giler la melayan tetamu...sukanya....tapi kan raya tahun ni cm x sama raya tahun lepas........

raya oh raya !!!


adik akim bersama my lovely mum....


aku bersama ibu kesayanganku....cyg umi


nuyu bersama umi..sambil diperhatikan oleh adik ika


dayah bersama dengan umi...kuat gelak


kak long bersama dengan umi...


umi bersama dengan abah....sweet couple...


kenangan bergambar bersama dengan datuk


wah..segak tul aku bergaya...hahaaha


bergaya lagik....sambil digelak oleh my sister...


adik bersama dengan abah...

Khamis, 9 September 2010

puasa dah HABIS.....

ALHAMDULILAH....

akhirnya sempurnalah SEBULAN kita BERPUASA di bulan RAMADAN yang penuh keberkatan ini.Insyallah,kalu xder apa2,esok kita semua (umat Islam seluruh Dunia) akan menyambut hari kebesaran selepas BERPUASA iaitu Hari Raya AidilFitri..

Yahooo...nk RAYA....ye lar..saper xnk raya....semua nk raya..x kira dewasa,kanak-kanak,remaja n x kira peringkat umur..semua nak raya....

Baju Raya dah ciap beli....Kuih Raya dah ciap Buat...pastu apa lagi ek.....

Tunggu nak raya jer la...

Kekadang sedih gak apabila nak abisnya bulan Ramadhan ini,maklumlah..bulan Ramadhan ini hanya sebulan sekali..terasa nikmatnya...

Insyallah..kalu umur panjang ag tahun hadapan..kita puasa lagi......Amin...

Rabu, 8 September 2010

buka puasa di Kota Bharu....



alhamdulilah....kelmarin saya sekeluarga telah berbuka puasa di Kota Bharu..ini kali pertama aku & sekeluarga bersama-sama berbuka puasa utk Ramadhan kali ini.

aku & keluarga aku berbuka di D'Highway (laluan Salor-Kota Bharu)..kitorang bertolak pada pukul 6.00ptg dri rumah dan sampai di sana pukul 6.30ptg..memang jem giler la jalan..al-maklumlah..semua orang dh cuti dan so orang ramai jugak berkesempatan berbuka di bandar Kota Bharu dan membeli belah utk persiapan hari raya yang bakal menjelma tiba nanti...

setelah smpai...kitorang terus pesan makanan kerana dh ramai pelanggan yang dtg memesan makanan dan masa untuk berbuka pun sudah hampir dekat..so apa..lagi..pesan....makanan..

antara makanan yang kami pesan ialah :
  • IKAN SIAKAP 3 RASA
  • DAGING MASAK MERAH
  • SUP PERUT/DAGING
  • AYAM BLACK PEPPER
  • KAILAN IKAN MASIN
  • TELUR DADAR
  • BELUT PAPRIK

dan air pula ialah air tuak & air milo....

tunggu punyalah ramai org menanti hidangan mereka...memang ramai giler..so giliran kitorang dapat makanan lambat lagi..so...kena tunggu ar....

kul 7.18mlm...maka berbuka lah..so kitorang terpaksa berbuka dengan minum air dahulu kerana makanan belum siap lagi...dan sebagai pelengkap hidangan,kami dihidangkan dengan tembikai..so makan je la...dah lapar...hohoooo...

lebih kurang 15minit selepas itu,makanan yang kitorang pesan itu pun sampai.....yahooo..leh makan....memang makanan dier memang sedap...patut la ramai orang kat sini....nyummm....

Jumaat, 3 September 2010

first time berbuka puasa ngan family



alhamdulilah..syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpahNya dapat juga saya berbuka puasa dengan family.ini kali pertama saya berbuka puasa bersama family setelah lama berada di U dan berpuasa di UUM.


Biler ada jerk at kelate..macam2 aku nk makan..antaranya kuih akok,kuih martabak,kerang rebus cicah air asam..perut..dan byk lagi…sedapnyer…..



Okeylah…memandangkan ini kali pertama aku berbuka puasa..so aku posting gmbr2 makanan yang sempat my Lovely Mom masak..memang sedap umi masak….nyum-nyumm….


Sabtu, 28 Ogos 2010

majlis berbuka puasa DPP TNB



Alhamdulilah..hari ni (28/08/2010), DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (DPP) TNB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa 1 Malaysia di Dewan Terbuka TNB.Majlis telah berlangsung dengan jayanya yang bermula pada pukul 6.30ptg hingga 11.00 malam.

Majlis ini dijayakan dengan JPM dengan MOFAZ dan disertai dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi dari semester pertama 2010/2011.Majlis ini berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan.

Banyak aktiviti yang diadakan sempena majlis berbuka puasa 1 malaysia ini,antaranya ialah berbuka puasa bersama,solat maghrib & isyak berjemaah,solat terawih,ceramah ramadhan dan banyak lagi.

Pelbagai menu disediakan,antaranya ialah nasik,lauk ayam,ikan,sayur,sambal belacan dan buah oren..(sedapnyer.....)


Jumaat, 27 Ogos 2010

program tv raya 2010 : media prima

okeylah,memandangkan raya dah nak dekat (lebih kurang 2 minggu lagi) so banyak la program tv raya akan dirakamkan,ada yang tgh shooting sebelum bulan puasa,dalam bulan pose untuk mempamerkan rancangan-rancangan juadah ketika hari raya nanti ini.oleh itu,kumpulan media prima yang terdiri daripada TV3,TV9,8TV,NTV7 telah menayangkan banyak citer-citer yang menarik,antaranya ialah :

Filem :




  • Cicakman 2,
  • Jin Notti,
  • Senario Episod 1,
  • Brainscan,
  • Jangan Pandang Belakang Congkak,
  • Syurga Cinta,
  • I'm Not Single,
  • Jangan Pandang Belakang,
  • Saus Kacang,
  • Chermin
  • Bicara Dari Tuhan.

Sitkom :
  • Senario 003,
  • Bas Raya
  • Hikayat .

Dokumentari :
  • Manikam Kalbu,
  • Madrasah di Pinggir Syurga,
  • Raya Pertamaku,
  • Sepuluh Jari Kecil,
  • Eid Seantero
  • Ketupat Rendang Kopi O.

Rancangan Hiburan :
  • Stylistika Siti,
  • Akustika 2010,
  • Faizal & Friends,
  • Perang Lawak,
  • Di Hati Siti,
  • Alahai Nak Raya,
  • Idola Kecil Idola Besar,
  • Cerita Malam Hantu Raya,
  • Hip TV Raya,
  • Alahai Fafau Beraya,
  • Galaksi Aidilfitri ,
  • Geng Aizat
  • Upin Ipin Raya.

Rancangan bukan Melayu :
  • Nite of Soulful Stars "Cinta",
  • Talian Hayat,
  • Raya Edition,
  • e7 Raya Special,
  • Space Chimps Women's Zone Raya Special,
  • Master of Illusion dan Impossible Magic .
  • Movie Divergence,
  • Mr Funny Bones Strikes Back dan Robin Hood.
  • Prince of Thieves,
  • 2010 MTV Movie Awards,
  • 52nd Annual Grammy Awards,
  • Shout! Awards 2009, 8TV Quickie.
  • Raya Special - the Homecoming,
  • Selamat Quickie Raya
  • dokumentari khas, Muslim in China.
  • Countdown Concert Live in Taiwan 2010,
  • movie Twins Mission,
  • Men Suddenly In Black 2
  • Legend of Star - Bang Bang.
so kepada korang yang malas nk g jalan2 umah saudara time raya nanti,,,korang menghadap jer tv nanti..banyak citer-citer sedap yang akan disajikan untuk anda...jangan lupa..sediakan kuih-kuih banyak n minuman semasa menonton citer nih...selamat menonton...selamat hari raya...

Negara Pelawat Blog


free counters