Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Bulan Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Islam. Papar semua catatan

Ahad, 7 Ogos 2011

RAMADAN BAGI KU

Alhamdulilah,semalam selesai aku mengerjakan ibadah puasa untuk hari ke-enam..nampaknya tinggal 24 hari lagi untuk meraikan hari yang penuh bermakna iaitu Hari Raya AidilFitri.sape la xnak raya,ramai yang nak raya daripada puasa ni...tapi bagi aku saat yang ditunggu adalah puasa kerana puasa la mengajar aku erti kesabaran,kawal emosi marah dan macam-macam lagik...tapi bagi kanak-kanak mungkin agak sukar ckit untuk memenuhkan puasa mahupun berpuasa.Ye lah..bagi diorang HARI RAYA lagi best dari puasa..kerana puasa LETIH...kalau RAYA..dapat baju raya mahupun kasut baru dan semua lah BARU...

bagi aku RAMADAN kali ini mungkin bermakna bagi aku kerana tahun ni aku sempat berbuka puasa dan bersahur bersama dengan family aku.Tidak seperti tahun lepas kerana RAMADAN tahun lepas aku berpuasa dan bersahur bersama kengkawan di Universiti Utara Malaysia kerana melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang PEMASARAN.so aku menggunakan peluang ini sebaik2nya untuk berpuasa dengan family aku.

Kalau di UUM,maybe aku jarang bersahur kot..coz kat sana pun tido lebih kurang pukul 2..so memang mengantuk giler la kalau bangun pastu..bertambah pulak nak bangun sembahyang SUBUH..memang tak terbangun..last2..bangun time nak g kelas :)

Tapi kat umah,my lovely mom tolongkan kejutkan untuk bersahur dan bersahur sekali dengan family.Memang happy dan best sangat2..aku suka bersahur bersama dengan family :) dapat makan banyak2 time bersahur (banyak ker...ker mengantuk banyak..leh tido...hihihihii)

Pasal solat terawih pula..hehehe..dulu aku sempat solat selama 2 minggu di UUM..pastu x g dah..n then sambung kat umah seminggu selepas pulang dari UUM..sehinggalah berakhirnya solat terawih dan menyambut AidilFitri.

Apa-apa pun..satu jer aku ingin ucapkan..SYUKUR..kerana dapat berpuasa bersama family yang tercinta....

So,korang yang berpuasa di perantauan,puasa elok2 ea..hehehe..jangan ponteng puasa lak :p

Salam Ramadan.....

Khamis, 14 Julai 2011

Nisfu Sya'aban

Sya'aban

Adalah bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Nisfu Sya'aban :

Adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'aban tahun Hijrah.

Hari ini adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib).


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Amalan Hari Nisfu Sya'aban
1. Solat Sunat Nisfu Sya'aban

Cara-cara:
Selepas solat Maghrib, lakukan solat sunat Nisfu Sya'aban sebanyak 2 rakaat.
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1 kali. Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3 kali.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

2. Membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan
Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam, mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11kali dan selawat 11 kali.

Baca doa nisfu Sya'aban.
(boleh dirujuk di dalam Surah Yasin Majmuk)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

3. Baca surah ikhlas 1000 kali.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

4. Berpuasa pada siangnya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Oleh itu, luangkanlah masa untuk mengerjakan amalan sunat disamping amalan wajib.

Negara Pelawat Blog


free counters