Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2011

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH


Ha..inilah dia..kelebihan bagi orang yang mengerjakan solat terawih, dan banyak ganjaran yang bakal diperolehi kepada sesiapa yang mengerjakan solat terawih ini setiap malam ketika bulan Ramadan.Hayatilah malam solat Terawih ditempat anda dan lakukan ibadat ini dengan ikhlas :)

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
=> Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
=> Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
=> Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
=> Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
=> Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
=> Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
=> Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
=> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
=> Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
=> Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
=> Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
=> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
=> Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
=> Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
=> Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
=> Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
=> Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
=> Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
=> Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
=> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
=> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
=> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
=> Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
=> Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
=> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
=> Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
=> Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Rabu, 13 Julai 2011

puasa GANTI ???

PUASA...bercakap jer pasal ni..pasti ramai tak sabar kot nak PUASA (ayat perli jer......sentap jap.,...) ermmm.nampaknya tinggal beberapa minggu lagi insyallah kita akan menunaikan kewajipan sebagai orang Islam iaitu BERPUASA.nampaknya sekejap jer ase nak menyambut bulan RAMADHAN...alhamdulilah...bulan yang dinantikan oleh semua seluruh umat Islam di dunia ini dan ada juga xmau PUASA....ermmm...p bagi aku..setiap tahun aku menantikan bulan PUASA ini....aku bersyukur sangat kerana diberikan nyawa lagi oleh ALLAH yang MAHA ESA lagi MAHA PENGASIH kerana dapat lagi BERPUASA untuk tahun ini..Insyallah....

berkenaan dengan PUASA..ermmm...sebenarnya ada yang sudah start mengantikan PUASA utk tahun lepas..maybe ada keKECUALIan KOT..hehehe...apa2pun aku pun xingat adakah aku cukup puasa tahun lepas kerana pada ketika itu,aku berada di pengajian semester pertama di UUM..soo...aku rasa penuh kot aku PUASA tahun lepas...p..cam tak jwer.....konfius aku asenya...heheehe :)

my mom ad pesan,kalu ase tak cukup PUASA tahun lepas, segera2kanlah mengantinya...waaaaa...cmner erkkk...nak ganti ke x..kalu PUASA aku sempurna tahun lepas, bermaknanya aku just PUASA SUNAT je la...ALHAMDULILAH.....

okeylah..bagi korang yang tak lagi ganti2kan POSE tu,cepat2 la ganti, RAMADHAN kian datang...hehehe :)

selamat menunaikan puasa ganti yer.......

Khamis, 9 September 2010

puasa dah HABIS.....

ALHAMDULILAH....

akhirnya sempurnalah SEBULAN kita BERPUASA di bulan RAMADAN yang penuh keberkatan ini.Insyallah,kalu xder apa2,esok kita semua (umat Islam seluruh Dunia) akan menyambut hari kebesaran selepas BERPUASA iaitu Hari Raya AidilFitri..

Yahooo...nk RAYA....ye lar..saper xnk raya....semua nk raya..x kira dewasa,kanak-kanak,remaja n x kira peringkat umur..semua nak raya....

Baju Raya dah ciap beli....Kuih Raya dah ciap Buat...pastu apa lagi ek.....

Tunggu nak raya jer la...

Kekadang sedih gak apabila nak abisnya bulan Ramadhan ini,maklumlah..bulan Ramadhan ini hanya sebulan sekali..terasa nikmatnya...

Insyallah..kalu umur panjang ag tahun hadapan..kita puasa lagi......Amin...

Rabu, 8 September 2010

buka puasa di Kota Bharu....



alhamdulilah....kelmarin saya sekeluarga telah berbuka puasa di Kota Bharu..ini kali pertama aku & sekeluarga bersama-sama berbuka puasa utk Ramadhan kali ini.

aku & keluarga aku berbuka di D'Highway (laluan Salor-Kota Bharu)..kitorang bertolak pada pukul 6.00ptg dri rumah dan sampai di sana pukul 6.30ptg..memang jem giler la jalan..al-maklumlah..semua orang dh cuti dan so orang ramai jugak berkesempatan berbuka di bandar Kota Bharu dan membeli belah utk persiapan hari raya yang bakal menjelma tiba nanti...

setelah smpai...kitorang terus pesan makanan kerana dh ramai pelanggan yang dtg memesan makanan dan masa untuk berbuka pun sudah hampir dekat..so apa..lagi..pesan....makanan..

antara makanan yang kami pesan ialah :
  • IKAN SIAKAP 3 RASA
  • DAGING MASAK MERAH
  • SUP PERUT/DAGING
  • AYAM BLACK PEPPER
  • KAILAN IKAN MASIN
  • TELUR DADAR
  • BELUT PAPRIK

dan air pula ialah air tuak & air milo....

tunggu punyalah ramai org menanti hidangan mereka...memang ramai giler..so giliran kitorang dapat makanan lambat lagi..so...kena tunggu ar....

kul 7.18mlm...maka berbuka lah..so kitorang terpaksa berbuka dengan minum air dahulu kerana makanan belum siap lagi...dan sebagai pelengkap hidangan,kami dihidangkan dengan tembikai..so makan je la...dah lapar...hohoooo...

lebih kurang 15minit selepas itu,makanan yang kitorang pesan itu pun sampai.....yahooo..leh makan....memang makanan dier memang sedap...patut la ramai orang kat sini....nyummm....

Jumaat, 3 September 2010

first time berbuka puasa ngan family



alhamdulilah..syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpahNya dapat juga saya berbuka puasa dengan family.ini kali pertama saya berbuka puasa bersama family setelah lama berada di U dan berpuasa di UUM.


Biler ada jerk at kelate..macam2 aku nk makan..antaranya kuih akok,kuih martabak,kerang rebus cicah air asam..perut..dan byk lagi…sedapnyer…..



Okeylah…memandangkan ini kali pertama aku berbuka puasa..so aku posting gmbr2 makanan yang sempat my Lovely Mom masak..memang sedap umi masak….nyum-nyumm….


Sabtu, 28 Ogos 2010

majlis berbuka puasa DPP TNB



Alhamdulilah..hari ni (28/08/2010), DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (DPP) TNB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa 1 Malaysia di Dewan Terbuka TNB.Majlis telah berlangsung dengan jayanya yang bermula pada pukul 6.30ptg hingga 11.00 malam.

Majlis ini dijayakan dengan JPM dengan MOFAZ dan disertai dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi dari semester pertama 2010/2011.Majlis ini berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan.

Banyak aktiviti yang diadakan sempena majlis berbuka puasa 1 malaysia ini,antaranya ialah berbuka puasa bersama,solat maghrib & isyak berjemaah,solat terawih,ceramah ramadhan dan banyak lagi.

Pelbagai menu disediakan,antaranya ialah nasik,lauk ayam,ikan,sayur,sambal belacan dan buah oren..(sedapnyer.....)


Rabu, 11 Ogos 2010

first day Puasa....

alhamdulilah...bulan Ramadan datang lagik...

aku tahun ni akan berPOSE di kampus Universiti Utara Malaysia....ye lah..aku kan Mahasiswa sekarang nih..so aku terpaksa berPOSE di UUM...

kekadang sedih jugak berPOSE jauh daripada family..

ye la..mana tak sedihnya..dulu mak kita bangunkan kita time Sahur...tapi sekarang nih..kita kena berdikari dan bangun sendirik...sama juga time berbuka...dulu leh la kita berbuka bersama-sama dengan keluarga...tapi sekarang dah berubah..terpaksa berbuka dengan member2 di sini..

apa-apa pun..aku bersyukur ke hadirat illahi kerana diberikan kesempatan untuk berPOSE lagi..dan meneruskan ibadat Puasa ini

semalam (Selasa) aku sempat solat terawih di Masjid Badlishah UUM,wah rasa nikmat Ramadan datang...aku happy sangat..syahdu asenya..kalu dulu kita bertarawikh bersama family..sekarang nih..terpaksa berterawikh dengan orang dkt UUM ni....

mungkin ini lah masa aku nak berdikari....

apa-apa pun..aku nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA dan JALANKAN IBADAH PUASA ANDA dengan IKHLAS..........

Ahad, 28 September 2008

HiKmAT-hIkMat PuAsa

Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya:


Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita.
Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki.
Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat

menimbulkan perpaduan.
Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia,

raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah.
Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas

waktu yang tertentu.
Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang

bekerja sepanjang tahun.
Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang

bekerja sepanjang tahun.
Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan

yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih.

Negara Pelawat Blog


free counters