Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Ahad, 20 Mei 2012

Tempat Berhantu di Malaysia

  • HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR HIGHLAND TOWER,
Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yg didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. 1 tragedi runtuhan telah meragut ratusan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana. 

  • BANGLO MONA FENDY 
Banglo yg pernah didiami oleh seorang artis terkenal tanah air yg merupakan dukun. Pernah terlibat dalam 1 kes pembunuhan yg menggemparkan 1 malaya. 


  • KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU 
Shopping complex yg terbengkalai sejak sekian lama. Dipercayai tempat kediaman pelbagai makhluk2 halus. Kalo korang nak tau....bangunan nie dekat sangat ngan rumah aku...Ada sumber yang mengatakan pernah ada sorang suri rumah yang baru datang kejohor shopping kat sini...entahlah...yang aku tau bangunan ini dah jadi sarang penagih...kira kubur dia la ni kot..yang mana mati kat sini.......apa pon kalo lalu kat sini waktu tengah malam......seram jugak....hehehehe.....

  • LEBUHRAYA KARAK 
Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkn pengguna lebuhraya ini. Lebih2 lagi apabila di kawasan terowong ini. Seringkali mengakibatkan kemalangan yg meragut nyawa. 

  • VILLA NABILA,JOHOR BAHRU 
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan 1 kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan2 mistik telah terjadi di sekitar kawasan itu. 

  • AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND 
Sebuah apartment usang yg sering kali meninggalkn mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini. antara tempat2 lain ialah: 


  • GEORGETOWN,PENANG 8.ST MICHAEL'S INSTITUTE,IPOH 
  • MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR,PERAK 
  • VICTORIA'S INSTITUTION,KUALA LUMPUR. 
  • LOST WORLD OF TAMBUN,PERAK
  • POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR
  • PERKUBURAN ISLAM KAJANG,SELANGOR
  • KELLIE'S CASTLE,PERAK
  • PENJARA PUDU,KUALA LUMPUR

Sabtu, 19 Mei 2012

Tanda Pasangan Curang

Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . 

Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda!!!! 

Kurang memberi perhatian terhadap diri anda- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah. 

Menghabiskan masa banyak ditempat kerja- Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku. 

Tidak berminat dengan persekitaran dirumah- Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga. 

Bau- Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati. Perubahan gaya hidup secara mendadak- Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati. 

Menjawab panggilan telefon secara sembunyi- Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan. 

Melayari internet sehingga tengah malam- Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya. 

Perubahan terhadap hubungan intim- Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya. 

Bil pembayaran yang luar biasa- Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan. 

Tidak memakai cincin yang diberikan- Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.

#source from : Gilerkentang..

Sabtu, 12 Mei 2012

7 'C' Sebab Suami Benci Isteri

C1. CABAR 

  • Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ... 


C2. CABUL 

  • Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ... 


C3. CELUPAR 

  • Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ... 


C4. COMOT 

  • Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ... 


C5. CEMBURU 

  • Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ... 


C6. CEREWET 

  • Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat 


C7. CINCAI 

  • Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ... 


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

 Renungkanlah...


p/s : 7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah) 

Selasa, 8 Mei 2012

Bukak Blog Bersawang

Alhamdulilah , akhirnya sempat lagi aku meneruskan coretan dalam blog peribadi aku ini.hurmmm..memang hampir  sebulan aku tidak mencoretkan dan mengupdate dalam blog aku ni..hahaha..maklum la aku busy orgnya..

Akhirnya aku bebas lega buat sementara sekarang kerana program yang aku handle sudah pun berlangsung , program yang aku hendak masuk pun dh go on..skrg midterm pun beransur2 nk habis dah..tunggu nk submit beberapa project paper n presentation je lagi..huhuhu..Sungguh ku tidak sabar untuk mengakhiri zaman semeter 4 ini..tinggal tiga minggu lebih lagi nk habiskan dan menghadapi final exam..hahaah..cuak seyh...

Aku taktau apa yang aku belajar selama aku berada semester 4 ni..memang aku terlalu busykan diri kot..smpai pelajaran aku lupa..p skrg au dh ulangi tabiat lama iaitu memoteng kelas.hahaha..sengalll..takpe tu dh jadi adat budak u tuk ponteng sekali sekala kelas..jangan poteng selalu sudah la..hahaha..kalu tak sampai la surat BAR tidak dapat hadir ke final EXAM..urghhh..tidak..sia2 je aku lepaskan peluang semester 4 ni..hahaha

Memandangkan program pun dh xde nk join sbb nk akhir sem sebelum final..hahaha...lega aku...

Okeylah..malas dh aku nk coret..t lain kali aku nk coret...n tungg kandid
  •  EON NITE FESTIVE FILM 2012
  • MALAM MESRA ANAK TANAH MERAH 2012
memang gempakkkk syehhhhhh...

Negara Pelawat Blog


free counters