Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Saiful APek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saiful APek. Papar semua catatan

Isnin, 18 Julai 2011

drama TV3 : Juvana


alhamdulilah,akhirnya berakhir sudah episod drama yang semakin meningkat naik iaitu drama JUVANA yang telah pun melabuhkan episodnya semalam (Isnin 18/07/2011) dalam slot Aksi..Selepas ini..slot AKSI akan diisi oleh drama superhero iaitu Supermak..lakonan Nasha Aziz...ala...cam ala-ala superhero la gitu...hahaha

berbalik kepada drama JUVANA, alhamdulilah..plot dalam cerita ini sangat bagus dan sesuai ditonton utk semua lapisan masyarakat.Drama ini mengangkat martabat budak2 Juvana ada yang bersalah dan ada yang tak bersalah.Dalam situasi Daim (Zahiril Adzim) yang telah pun dimasukkan ke dalam SEKOLAH WIRA BAKTI untuk menjalani pemulihan di sekolah Juvana itu diatas pembunuhan ibunya walaupun pembunuhan itu bukan dilakukan olehnya tetapi dilakukan oleh kawan kepada KEDAH (Fimie Don)..

Jalan cerita drama ni memang bagus..I give 10/10 memang hebat...disamping menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh budak JUVANA, ia juga menunjukkan kesalahan WARDEN yang menggunakan duit peruntukan utk sekolah tersebut terhadap benda yang lain...lakonan BRONT PALARE sebagai WARDEN sangat menjadi..hebat...

episod akhir merungkai segala-galanya persoalan mengenai SEKOLAH WIRA BAKTI, dimana cikgu Zakiah telah pun diculik oleh WARDEN angkara CIKGU ZAKIAH mengetahui segala kejahatan yang dilakukan oleh WARDEN dan pembantu-pembantu yang lain...so..banyak adegan yang menarik..dan last2..akhirnya DAIM berjaya dilepaskan dari SEKOLAH WIRA BAKTI dan akhirnya selepas 10 tahun kemudian ianya telah berjaya menjadi SEORANG CIKGU di SEKOLAH WIRA BAKTI dan yang lain-lain pula berjaya seperti

  • BOTAK : Seorang peninju Asia
  • APEK : Seorang ahli perniagaan berjaya
  • PANJANG : Pelumba Motorcross
  • yang lain xtau...xsempat nk tgk..hihihi

bestttt.....i love JUVANA....

Isnin, 7 Jun 2010

Filem 4 MADU



Ha…inilah filem baru yang akan disiarkan pada Hari Raya Pertama 2010 di setiap pawangan yang tercacak di Malaysia ini….ermm…agak2 ada ker yang g nengok citer time-time raya nih…ish2….

Okeylah ini filem yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti ni diberikan judul 4 MADU…wah…nama pun kelaszzz doh..so tak sabar nk beli cd cetak rompak nih..hak2…okeylah..aku nak citer serba sedikit filem nih..Filem 4 MADU ini merupakan filem hak milik Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd manakala Grand Brilliance dan Berjaya Film Producution sebagai penerbit.Genre untuk filem ini pula adalah Romantik Komedi dan juga Drama.So kepada sesiapa yang nak tgk jgn lupa saksikan filem 4 MADU ini di pawagam pada Hari Raya Pertama 2010…jgn lupa tgk non….

Antara pelakon yang membintangi filem 4 MADU ini ialah :
  • Saiful Apek : Azlan / Azrul
  • Fasha Sandha : Ros
  • Sazzy Falak : Jane
  • Rozita Che Wan Ghasidah
  • Almy Nadia : Jaja
  • Rosnah Mat Aris : Suriati
  • Ayu Raudhah : Latifah
  • Bienda : Weena
  • Marsha : Zarra
  • Dato’ Rahim Razali : Dato’ Rahim
  • Alanaaz Jahan : Juju
  • Eidil Putra Alauddin : Budin
  • Pelakon Pembantu
  • Latif Ibrahim : Pak PJ
  • Farid Wari : Ah Long
  • Noor Hosni Kasim : Nooraini
  • Yusmal Ghazali : Mike
  • Zainal Alam Kadir : Kaunselor
  • Alliesha Amir : Wani

Sinopsis Filem 4 Madu :

Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu.Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.

Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?


Saksikan filem komedi arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen. ‘4 Madu’, bermadu dipawagam, HARI RAYA PERTAMA 2010

Negara Pelawat Blog


free counters