

Selepas penerbitan sebuah filem epik yang hebat " Hikayat Merong Mahawangsa " KRU sekali lagi dibawah pengarah berkaliber iaitu YUSRY KRU bakal mengarah sebuah filem yang dikatakan bakal mencipta sejarah pengarah Melayu yang pertama menggunakan pelakon-pelakon Hollywood yang ternama dan terkenal.Filem yang bertajuk " VIKINGDOM " bakal diarah oleh Yusry KRU dibintangi oleh pelakon Hollywood yang terkenal iaitu Dominic Purcell (Prison Break), Jon Foo (Tekken), Natassia Malthe (Dead or Alive) dan beberapa orang lagi.