Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 26 Jun 2009

Catatan Harian : Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Negeri Kelantan 2009.

Lokasi : SMKTM2,Pusat Ko-Kurikulum Limau Kasturi,Gua Musang
Tarikh : 20hb hingga 25hb Jun 2009


HARI PERTAMA

Tarikh : 20hb/Jun/2009
Hari : Ahad
Lokasi : SMKTM2,Pusat Ko-Kurikulum Limau Kasturi.Gua Musang

Hari ni aku terpaksa bangun awal sedikit dari seperti hari yang lain kerana hari ini aku akan pergi berkhemah untuk badan beruniform Kadet Pertahanan Awam (KPA3) bagi peringkat Negeri Kelantan.Perkhemahan KPA3 bagi tahun ini akan diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Limau Kasturi,Gua Musang.Perkhemahan tersebut akan bermula pada hari Ahad hingga Khamis iaitu bertarikh 20 haribulan Jun hingga 25 haribulan Jun 2009.

Aku terus jer packing barang yang hendak dibawa walaupun hatiku macam malas jer nak pergi..Tapi aku teruskan jugak..Nak cari pengalaman yang baru..Mungkin aku akan dapat kawan baru or girlfriend baru kat sana….He2….Aku ke sekolah pada hari ini pada pukul 8.30pg…Aku terus jer amik Juan kat umah n terus jer gi sekolah..kot2…lewat.Lagipun pengerusi kami iaitu Zainal Abidin sudah royak (kata) kat semua kadet kena hadir ke sekolah dengan pakaian ko-kurikulum sekolah,brg perkhemahan dan surat kebenaran…

Setelah sampai di sekolah,aku terus jer bagi surat kebenaran untuk ke kem tersebut kepada Zainal untuk dibagi kepada ayahanda (pengetua kami) untuk dicop.Setelah itu,kami pun bersiap dengan barang-barang kami kat depan sekolah (Taman Kulat sekolah kami)..Kami segera berbincang hal-hal yang saje-saje..

Dalam lebih kurang pada pukul 10.30pg,bas yang kami tunggu-tunggu telah pun sampai untuk ke perkhemahan tersebut…Bas tersebut sampai lewat kerana terpaksa mengambil budak-budak sekolah yang mewakili Daerah Bukit Bunga…Kami pun segera mengangkat barang-barang dan beg masuk ke dalam bas…Lepas tu kami pun bertolak ke Limau Kasturi…

Dalam perjalanan tersebut,kami sempat berbual dan bergurau sesame kami…Nak hilangkan boring diatas bas..Lepas tu,pemandu bas kami berhenti di stesen minyak untuk sesiapa yang hendak ke tandas,aku pun segera turun ke kedai stesen minyak tersebut dan membeli makanan itu.Lepas itu,kami pun segera bertolak…

Lebih kurang dalam pukul 1.30ptg kami pun sampai di R&R Gua Musang untuk berhenti berehat.Kami berhenti untuk makan dan solat Zohor.Sebelum pada itu,kami berehat dulu di wakaf-wakaf R&R tersebut.Setelah masuk waktu solat Zohor,kami pun segera sembahyang..Lepas selesai solat Zohor kami pun makan nasik yang dibawa oleh cikgu pengiring kami iaitu Cikgu Zul.Cikgu Zul telah membeli nasik tersebut

Kami pun segera makan nasik tersebut serta dibekalkan dengan air minuman (air botol mineral)..Selain itu,kami jugak dibekalkan dengan pencuci mulut iaitu buah rambutan.Kami pun makan…Setelah makan,kami pun segera menaiki bas tersebut untuk berangkat ke Pusat Kokurikulum Limau Kasturi untuk ke tapak perkehemahan tersebut,Memang agak jauh jugak perjalanan ini.Perjalanan nak ke tempat tersebut mengambil masa 3 jam…Memang meletihkan…..

Setelah setengah lepas itu,kami pun sampai di lokasi tersebut….Kami pun segera mengangkat barang-barang kami untuk dibawa ke tapak perkhemahan itu.Kami dipecahkan group tapak pkhemahan lelaki dan wanita.Bagi lokasi tapak perkhemahan lelaki berdekatan dengan sungai dan bagi tapak perkhemahan wanita pula dekat dengan tapak kawad kaki.

Kami pun diberikan tapak perkhemahan,kami berasa bertuah jgak kerana tapak perkhemahan bagi PPD Tanah Merah berdekatan dengan sungai dan dibawah pokok,kira agak teduh jugak ler…Kami tanpa melengahkan lagi,kami segera membangunkan khemah.Sebanyak 4 buah khemah didirikan iaitu khemah dari SMKTM1 (2 biji),SMKTM2 (1 biji) dan SMK Bukit Bunga (1 biji khemah)…

Kami pun segera Bantu-membantu memasang khemah..Kami siap mendirikan khemah lebih kurang setengah jam kemudian.Kami berehat sekejap….Sambil duk borak-borak.Namun kami terpaksa pula berpindah ke tapak khemah yang lain kerana ada sarang tebuan kat atas pokok yang berdekatan dengan tapak perkhemahan kami.Cikgu kami menyuruh kami berpindah ke tapak yang telah diarahkan…

Selepas itu,kami pun bersegera berpindah…Memang agak susah ler nak bawak khemah yang sudah siap dipasang..Kami dengan kerjasama semua ahli kadet kami,kami berjaya bawak khemah tersebut ke tapak yang baru…

Lepas itu,kami berehat sekejap kerana masih letih lagi dengan keadaan ini.Kami pun segera merehatkan badan dan rilek2 jap…Kami pun duk ler borak-borak jap…

Jam menunjukkan pada pukul 7.00ptg,keadaan semakin gelap kerana hari macam nak hujan dan disertai dengan kilat/petir..Memang kuat sekali…Tak lama kemudian hujan dan disertai dengan kilat….Memang hujan lebat sekali…..Habis semua khemah dimasuki air hujan…memang tk boleh nak buat apa…Memang nasib berkhemah ler kami…Semakin hujan lebat,semakin kuat petir…Aku,Alif dan Juan kebetulan baru nak mandi dan berpakat nak mandi air hujan…Kami pun mandi…

Semasa petir,kami masuk dlm khemah takut kena panah…he2…Setelah ok,kami kluar balik…..he2….aku dah tahan nak kencing,aku segera ke tandas time2 hujan…kami pun ke tandas…..Masa tu hujan lebat sekali….dan disertai kilat….

Memang lama jgak kami mandi dekat tandas…Masa tu aku tengok orang ramai sudah berpindah naik ke dorm kerana air hujan sudah banyak dlm khemah….Masa tu dalam keadaan kekalutan…Memang dasyat ar khemah tahun ni…

Pihak penyelaras JPA3 menyuruh semua kadet setiap PPD segera berpindah kerana takut air sungai naik dan menghayut khemah….

Aku yang dalam kesejukan segera masuk dlm khemah dan amik barang,beg dan terus jer pergi ke dorm yang telah ditetapkan….Masa tu la kami kena jerkah (jerit) oleh para penyelaras KPA3 kerana terhegeh-hegeh…Aku tak peduli dengan jerkah tu….

Kami pun segera masuk ke dlm dorm dan letakkan brg2…

Lepas tu,kami dberikan makanan untuk makan malam….Namun nasib bagi PPD Tanah Merah agak kurang sikit kerana makanan sudah kehabisan…Kami terpaksa menunggu makanan yang lain..Lepas tu,kami diberikan air minuman dan kuih bahulu…

Lepas tu,kami pun makan nasik yang diberikan…Malam tu sepatutnya ada taklimat mengenai perkhemahan tersebut namun terpaksa ditunda kerana hujan…

Kami pun segera membersihkan dorm untuk dijadikan tempat penginapan kami buat sementara…Lepas tu kami pun segera tido….

Kami agak keletihan dan menunggu keesokan harinya…

Bersambung………………………………..(Hari Kedua)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters