Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Selasa, 30 Jun 2009

Kandid - Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Kelantan 2009,Limau Kasturi,Gua Musang

semasa perasmian penutup perkhemahan KPA3

SEMPAT LAGIK amik gmbr...

senyum semua kadet PPD Tanah Merah

Kadet Perempuan PPD Tanah Merah

Kadet Lelaki PPD Tanah Merah

masa sketsa malam kebudayaan...

Mije sedang dimekapkan jadi "hantu"

ready semua...

peace...

posing paling cantik..

my best friends,mije...

my lovely friend...

cantik dop muka kami...

baru je kena lumpur masa Jungle Trekking...

muka cam zombi jer belaka...

jejaka paling handsome...cepat afundi....

posing paling kelakar sekali...

kawad...kiri kanan...kiri kanan...kiri kanan

dah nak tido ni...

jom makan bahulu...

makan smbil tido ker aku tu.....makan kuih bahulu jer..

sedapnyer bahulu ni...memang best ar...

ready aku nak amik gmbr ni....posing elok-elok ckit..

my best friend,mije,ngoh...

peace semua...

ready semua...senyum.....aku nak amik gmbr ni...

peace semua....

muka yang letih....

my best friend Alif n Ekah...siap posing cam kekasih lak...

aku gelak pasal per ar tu...

Kandid - Pesta Sukan & Permainan Pra-universiti Kerisma 2009

bergambar bersama ayahanda dan cikgu syed (yg duduk)..

duk borak per tu...

saper nak beli ikan ni...

wow....tunggu ar aku ready lu...

perlawanan yang hebaat...

my friend,Sya ukur kedudukan bola pantque...

korang dah ready ker nak main pantque tu...

penyokong kelab -kelab lain tgk permainan bola baling..

cepat...gol.....

my calon gadis-gadis melayu...
aku ngan Jedy.....siap posing lagik...

We all Kelab Usahawan Muda....Usahawan Boleh...!!!

my friends : ekah dan eni (naib pengerusi Kelab Ushawan Muda)

Pengerusi Kelab Usahwan Muda pegang sepanduk kelab..

me & my friend (Asyraff)

Isnin, 29 Jun 2009

Hargailah Pengorbanan Ibu Bapa Kita..

Hari ni aku tak tahu kenapa,aku nak posting mengenai pengorbanan yang telah diberikan oleh Ayah & Ibu...Aku jadi tertarik nak posting mengenai pengorbanan ini.Aku sedih mendengar lagu yang didendangkan oleh Rabbani (Ayah dan Ibu),Allahyarham Sudriman (Ayah Ibu) dan lain-lain lsgi yang berkaitan dengan pengorbanan ayah dan ibu....

Aku sedih beb....kalau boleh aku nak bahagiakan ibu dan ayahku dan didunia dan juga diakhirat..Aku tak sanggup nak melukakan hatinya...Aku menyesal dengan apa yang sudah aku lakukan sebelum pada ini...

"Umi dan Abah",,...oghe mintak maaf jika oghe telah buat salah....Ampunkan dosa oghe dari hujung rambut dan hujung kaki.....Mintak halal makan dan minum oghe.....

Kita seharusnya bersyukur jika masih mempunyai ibu dan ayah..Bagaimana pula yang sudah tiada ibu dan ayah...tentu mereka berasa sedih dan tidak dapat merasai kasih sayang sehingga sekarang...Oleh itu,,,,seharusnya kita sayangilah ibu dan ayah yang masih ada...Jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua ibubapa kita....

Khas buat semua :

Lirik Lagu : Ayah dan Ibu (Rabbani)

Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur’an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu

Akhirnya....

Akhirnya.....

Aku dapat jugak buat keputusan berdasarkan hati dan naluri aku ni..

Aku dapat membebaskan diri aku dibelenggu dengan segala masalah yang berlaku..

Aku dapat merelaxkan diri aku dengan tenang...


p/s : tujuan aku tulis perkataan kat atas tu kerana,aku dapat merelaxkkan diri aku coz aku akhirnya dapat buat keputusan dimana aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian di tingkatan 6 untuk stay bersama STPM dan terpaksa menolak tawaran daripada SPA bagi Jawatan Juru X Ray di Kolej Sains Bersekutu di SUngai Buloh..

Walaupun jawatan itu boleh dikatakan hebat jugak,namun setelah difikir-fikir akhirnya aku terpaksa lupakan dulu jawatan itu,dan teruskan pengajian ku di form6..Namun aku berasa kesal jugak coz dengan melepaskan jawatan SPA sbg Juru X-Ray,nama aku akan diblacklistkan selama 1 tahun berkuatkuasa semasa tarikh pendaftaran aku di kolej tersebut....wa......kesian kat aku...

Namun,aku dengan tekad,akan berusaha bersungguh akan mempelajari dan belajar dengan elok-elok untuk kekalkan pointer yang tinggi...Insyallah...

Pesta Sukan & Permainan Pra Universiti Kali Pertama

Hari ini berlangsunglah satu PESTA SUKAN & PERMAINAN bagi PRA UNIVERSITI untuk kali pertama bagi tahun 2009.Pesta ini telah pun dirasmikan oleh ayahanda kami iaitu Tuan Hj Daud Bin Mohamad.Perasmian tersebut berlangsung setelah ayahanda kami bermain badminton menandakan perasmian pesta sukan tersebut...

Pesta Sukan dan Permainan ini diadakan selama 2 hari iaitu hari ini dan esok (29 & 3ohb Jun).Antara aktiviti yang diadakan pada hari pertama ialah :

Pertandingan Bola Baling (Lelaki & Perempuan)
Pertandingan Pantque (Lelaki & Perempuan)
Pertandingan Bola Jaring (Perempuan)

Itulah permainan yang sempat diadakan pada hari ini...

" Okeylah...kalu korang nak tgk gmbr,nanti aku update lain kali ek...aku lum masukkan lagi gmbr kat dlm laptop aku ni....tau tunggu.....

Aku chow dulu.....Assalamualaikum...........

Sabtu, 27 Jun 2009

Perginya Sebutir Bintang (Raja POP Dunia)

Pada hari Khamis lepas,sebutir bintang yang paling popular di seluruh dunia atau mendapat jolokan sebagai Raja Pop Dunia,iaitu Michael Jackson telah meninggal dunia.Kematian Michael Jackson adalah disebabkan olh serangan jantung...

" Aku sangat terkejut mendengar berita tu,aku tahu berita ni pun dari laman web..Aku just tengok-tengok dlm laman web Berita Harian,...tut....tut.....aku lihat highlight news "Michael Jackson Meninggal Dunia"..aku terus jer baca cerita dier...

Michael Jackson meninggal dunia pada usia 5o tahun...Memang aku minat ar kat Michael Jackson coz lagu-lagu yang best n rancak terutama lagu Beat It dimana lagu tersebut pernah dinyanyikan oleh JUara AF6 iaitu Stacy..Memang lagu best sangat....

Apa-apa pun...Salam Takziah kepada kaum kerabat keluargaMichael Jackson....

Jumaat, 26 Jun 2009

Catatan Harian : Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Negeri Kelantan 2009.

Lokasi : SMKTM2,Pusat Ko-Kurikulum Limau Kasturi,Gua Musang
Tarikh : 20hb hingga 25hb Jun 2009


HARI PERTAMA

Tarikh : 20hb/Jun/2009
Hari : Ahad
Lokasi : SMKTM2,Pusat Ko-Kurikulum Limau Kasturi.Gua Musang

Hari ni aku terpaksa bangun awal sedikit dari seperti hari yang lain kerana hari ini aku akan pergi berkhemah untuk badan beruniform Kadet Pertahanan Awam (KPA3) bagi peringkat Negeri Kelantan.Perkhemahan KPA3 bagi tahun ini akan diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Limau Kasturi,Gua Musang.Perkhemahan tersebut akan bermula pada hari Ahad hingga Khamis iaitu bertarikh 20 haribulan Jun hingga 25 haribulan Jun 2009.

Aku terus jer packing barang yang hendak dibawa walaupun hatiku macam malas jer nak pergi..Tapi aku teruskan jugak..Nak cari pengalaman yang baru..Mungkin aku akan dapat kawan baru or girlfriend baru kat sana….He2….Aku ke sekolah pada hari ini pada pukul 8.30pg…Aku terus jer amik Juan kat umah n terus jer gi sekolah..kot2…lewat.Lagipun pengerusi kami iaitu Zainal Abidin sudah royak (kata) kat semua kadet kena hadir ke sekolah dengan pakaian ko-kurikulum sekolah,brg perkhemahan dan surat kebenaran…

Setelah sampai di sekolah,aku terus jer bagi surat kebenaran untuk ke kem tersebut kepada Zainal untuk dibagi kepada ayahanda (pengetua kami) untuk dicop.Setelah itu,kami pun bersiap dengan barang-barang kami kat depan sekolah (Taman Kulat sekolah kami)..Kami segera berbincang hal-hal yang saje-saje..

Dalam lebih kurang pada pukul 10.30pg,bas yang kami tunggu-tunggu telah pun sampai untuk ke perkhemahan tersebut…Bas tersebut sampai lewat kerana terpaksa mengambil budak-budak sekolah yang mewakili Daerah Bukit Bunga…Kami pun segera mengangkat barang-barang dan beg masuk ke dalam bas…Lepas tu kami pun bertolak ke Limau Kasturi…

Dalam perjalanan tersebut,kami sempat berbual dan bergurau sesame kami…Nak hilangkan boring diatas bas..Lepas tu,pemandu bas kami berhenti di stesen minyak untuk sesiapa yang hendak ke tandas,aku pun segera turun ke kedai stesen minyak tersebut dan membeli makanan itu.Lepas itu,kami pun segera bertolak…

Lebih kurang dalam pukul 1.30ptg kami pun sampai di R&R Gua Musang untuk berhenti berehat.Kami berhenti untuk makan dan solat Zohor.Sebelum pada itu,kami berehat dulu di wakaf-wakaf R&R tersebut.Setelah masuk waktu solat Zohor,kami pun segera sembahyang..Lepas selesai solat Zohor kami pun makan nasik yang dibawa oleh cikgu pengiring kami iaitu Cikgu Zul.Cikgu Zul telah membeli nasik tersebut

Kami pun segera makan nasik tersebut serta dibekalkan dengan air minuman (air botol mineral)..Selain itu,kami jugak dibekalkan dengan pencuci mulut iaitu buah rambutan.Kami pun makan…Setelah makan,kami pun segera menaiki bas tersebut untuk berangkat ke Pusat Kokurikulum Limau Kasturi untuk ke tapak perkehemahan tersebut,Memang agak jauh jugak perjalanan ini.Perjalanan nak ke tempat tersebut mengambil masa 3 jam…Memang meletihkan…..

Setelah setengah lepas itu,kami pun sampai di lokasi tersebut….Kami pun segera mengangkat barang-barang kami untuk dibawa ke tapak perkhemahan itu.Kami dipecahkan group tapak pkhemahan lelaki dan wanita.Bagi lokasi tapak perkhemahan lelaki berdekatan dengan sungai dan bagi tapak perkhemahan wanita pula dekat dengan tapak kawad kaki.

Kami pun diberikan tapak perkhemahan,kami berasa bertuah jgak kerana tapak perkhemahan bagi PPD Tanah Merah berdekatan dengan sungai dan dibawah pokok,kira agak teduh jugak ler…Kami tanpa melengahkan lagi,kami segera membangunkan khemah.Sebanyak 4 buah khemah didirikan iaitu khemah dari SMKTM1 (2 biji),SMKTM2 (1 biji) dan SMK Bukit Bunga (1 biji khemah)…

Kami pun segera Bantu-membantu memasang khemah..Kami siap mendirikan khemah lebih kurang setengah jam kemudian.Kami berehat sekejap….Sambil duk borak-borak.Namun kami terpaksa pula berpindah ke tapak khemah yang lain kerana ada sarang tebuan kat atas pokok yang berdekatan dengan tapak perkhemahan kami.Cikgu kami menyuruh kami berpindah ke tapak yang telah diarahkan…

Selepas itu,kami pun bersegera berpindah…Memang agak susah ler nak bawak khemah yang sudah siap dipasang..Kami dengan kerjasama semua ahli kadet kami,kami berjaya bawak khemah tersebut ke tapak yang baru…

Lepas itu,kami berehat sekejap kerana masih letih lagi dengan keadaan ini.Kami pun segera merehatkan badan dan rilek2 jap…Kami pun duk ler borak-borak jap…

Jam menunjukkan pada pukul 7.00ptg,keadaan semakin gelap kerana hari macam nak hujan dan disertai dengan kilat/petir..Memang kuat sekali…Tak lama kemudian hujan dan disertai dengan kilat….Memang hujan lebat sekali…..Habis semua khemah dimasuki air hujan…memang tk boleh nak buat apa…Memang nasib berkhemah ler kami…Semakin hujan lebat,semakin kuat petir…Aku,Alif dan Juan kebetulan baru nak mandi dan berpakat nak mandi air hujan…Kami pun mandi…

Semasa petir,kami masuk dlm khemah takut kena panah…he2…Setelah ok,kami kluar balik…..he2….aku dah tahan nak kencing,aku segera ke tandas time2 hujan…kami pun ke tandas…..Masa tu hujan lebat sekali….dan disertai kilat….

Memang lama jgak kami mandi dekat tandas…Masa tu aku tengok orang ramai sudah berpindah naik ke dorm kerana air hujan sudah banyak dlm khemah….Masa tu dalam keadaan kekalutan…Memang dasyat ar khemah tahun ni…

Pihak penyelaras JPA3 menyuruh semua kadet setiap PPD segera berpindah kerana takut air sungai naik dan menghayut khemah….

Aku yang dalam kesejukan segera masuk dlm khemah dan amik barang,beg dan terus jer pergi ke dorm yang telah ditetapkan….Masa tu la kami kena jerkah (jerit) oleh para penyelaras KPA3 kerana terhegeh-hegeh…Aku tak peduli dengan jerkah tu….

Kami pun segera masuk ke dlm dorm dan letakkan brg2…

Lepas tu,kami dberikan makanan untuk makan malam….Namun nasib bagi PPD Tanah Merah agak kurang sikit kerana makanan sudah kehabisan…Kami terpaksa menunggu makanan yang lain..Lepas tu,kami diberikan air minuman dan kuih bahulu…

Lepas tu,kami pun makan nasik yang diberikan…Malam tu sepatutnya ada taklimat mengenai perkhemahan tersebut namun terpaksa ditunda kerana hujan…

Kami pun segera membersihkan dorm untuk dijadikan tempat penginapan kami buat sementara…Lepas tu kami pun segera tido….

Kami agak keletihan dan menunggu keesokan harinya…

Bersambung………………………………..(Hari Kedua)

Sabtu, 20 Jun 2009

Seminggu Gi Khemah

Ha...selama seminggu ni aku terpaksa gi khemah Kadet Pertahanan Awam 3 (KPA3) di Limau Kasturi...Cam malas jer nak gi...Dah la 5 hari tinggal sekolah....kira 5 hari la aku tak study....Benci ar....

Jumaat, 19 Jun 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009 (FORM6)

Ha...kelmarin aku dah dapat result untuk Exam Pertengahan Tahun 2009....

Inilah result bagi keputusan yang aku punya...

PENGAJIAN AM 1 - : 65 (A)
PENGAJIAN AM 2 + 3 : 57 (B+)

Gred Keseluruhan : 3.33 (A-)

******************************

BAHASA MELAYU 1 : 65 (A)
BAHASA MELAYU 2 : 74 (A)

Gred Keseluruhan : 4.00 (A)

******************************

SEJARAH 1 : 44 (C+)
SEJARAH 2 : 38 (C+)

Gred Keseluruhan : 2.33 (C+)

******************************

GEOGRAFI 1 : 58 (B+)
GEOGRAFI 2 : 55 (B+)

Gred Keseluruhan : 3.33 (B+)

******************************

PENGAJIAN PERNIAGAAN 1 : 35
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 : 28

Gred Keseluruhan : (C-)

******************************

KEPUTUSAN KESELURUHAN :

*******************
POINTER : 3.3
*******************

Wakil Sekolah Ke Perkhemahan JPA3

Ha....malas la aku nak pergi.....

Aku kena wakil sekolah ke Perkhemahan Bagi Kadet Pertahanan Awam (KPA3)...Dah la 5 hari beb.Perkhemahan KPA3 peringkat Negeri Kelantan ini akan diadakan pada 21 hingga 25 hb Jun ini di Unit Kokurikulum di Limau Kasturi,Gua Musang Kelantan....

Ha....aku macam berat hati jer nak gi..tapi aku sanggup terima ni coz cikgu harap aku dapat ikut sama dan leh sijil kokurikulum...Aku sebenarnya dah banyak sertai aktiviti kokurikulum ni...Sampaikan cikgu give amaran kat aku...tumpukan kepada pelajaran jugak jangan abaikan pelajaran dan kurangkan sedikit aktiviti ko-kurikulum...

Aku faham apa yang cikgu katakan...cikgu tak nak result aku turun nanti...

Pening Jadi Pengerusi......

Memang pening giler la jadi Pengerusi ni..

Baru la aku tahu jadi Pengerusi ni tanggungjawab yang begitu besar dan perlu seseorang yang kuat.Aku cakap begitu coz aku rasa aku baru jer manage bagi Pengerusi kelab Usahawan Niaga kat sekolah aku..

Pada 29-30hb ni,sekolah aku akana adakan satu Pesta Sukan Pra-Universiti KERISMA 09.Pesta ni akan mempertandingkan sukan antara Kelab-Kelab yang ada di sekolah kami.Antara kelab yang ada ialah :
  • KELAB USAHAWAN NIAGA (kelab aku)
  • KELAB PELANCONGAN
  • KELAB RAKAN MUDA
  • KELAB SENI KREATIF
  • KELAB SENI WARISAN
  • KELAB ALAM SEKITAR
Kelab aku telah diundi dalam group A dimaan kelab ini akan bersaing dalam liga termasuk dlm kelab Pelancongan,Rakan Muda,Seni Kreatif..Wow....persaingan yang hebat tu....

Hari Rabu lepas telah diadakan satu mesyuarat dalam waktu GERKO,dimana setiap kelab haruslah menghantar wakil bagi setiap permainan yng akan dipertandingkan.Antara sukan yang akan dipertandingkan ialah
  • SUKAN - BOLA BALING
  • SUKAN - BOLA TAMPAR
  • SUKAN - BOLA JARING
  • SUKAN - BADMINTON
  • SUKAN - PING PONG
  • SUKAN - PANTAQUE
Ha...itulah permanan yang dipertandingkan...memang best giler la nanti...tak sabar nak tunggu tarikh tu...Aku amik sukan Bola Tampar..ha.....

Khamis, 18 Jun 2009

My Favourite Teacher...

My Favourite Teacher...

Assalamualaikum semua....

Apa khabar...hopely korang semua sihat-sihat belaka ek di samping keluarga...

Hari ni aku nak update pasal "Favourite Teacher"....Aku tahu korang semua mesti ada favourite teacher masing-masing.Seperti korang,aku juga pun ada favourite teacher.Memang ramai gak teacher yang best and menjadi kegemaran aku time dier mengajar.

Antara cikgu/teacher yang menjadi favourite aku ialah :

PN.AIDAH YUSOFF
- Inilah cikgu yang aku paling suka.Aku dah anggap cikgu Aidah ni macam mak aku sendiri.Dier memang sporting dan relax jer..Kira takdelah memboringkan.Cikgu Aidah ni jenis yang tegas tapi dalamannya lembut.Aku suka time dier mengajar aku Kuliah atau Tutorial.Cikgu Aidah ni mengajar kitorang mata pelajaran Sejarah Kertas 1.Dengan berkat,aku dapat meningkatkan prestasi result Sejarah Kertas 1 baru-baru ni.Time mengajar,aku sanggup beri tumpuan...memang best time dier mengajar...

PN.SALINA
- Bagi teacher Salina pulak..satu-satunya teacher yang paling sporting dan kelakar..Tapi kekadang dier serius gak...He2...tapi aku suka karakter teacher Salina ni coz dier ni jenis happy go lucky..Kat sekolah ku,teacher ler yang lain dari yang lain..Aku anggap teacher Salina seorang guru yang hebat...Teacher Salina mengajar kitorang pada tahun lepas bagi matapelajaran MUET....Sekarang MUET pun dah habis,so Teacher Salina pun dah tak mengajar kami..Tapi kami bangga dan suka dengan pengajaran yang dilakukan oleh Teacher Salina...


PN.ELLE
- Ha...nilah cikgu yang paling cantik kat sekolah kami.Iaitu cikgu Elle.Cikgu Elle ni pun jenis yang sporting gak...Karakter dier pun kekdang kelakar gak...Aku suka ngan karakter dier...memang happy giler time blaja ngan cikgu Elle...Cikgu Elle ni mengajar kitorang untuk matapelajaran Geografi Kertas 2...

Itulah tiga cikgu yang menjadi favourite aku...Tapi banyak lagi...cuma malas nak ulas jer...

Cikgu-cikgu yang lain spt :

- Cik.Lee Hua Mee....(Pengajian AM 3)
- Pn.Azma (Pengajian AM 2)
- Pn.Husnirawati (Pengajian AM 1)

Negara Pelawat Blog


free counters