: DRAMA BEST KAT TV3 :
TAJUK DRAMA : CINTA BATU BELAHSLOT : LAGENDA TV3
HARI : SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS
PUKUL : 4.30 - 5.30 PETANG
Cinta Batu Belah adalah sebuah drama baru sebanyak 20 episod. Cinta Batu Belah yang menemui penonton pada hari ini, 13 Oktober 2008 petang menerusi slot lagenda yang disiarkan di TV3 pada jam 4.30 petang. Lagu Tema: Ada Untukmu - Nubhan
Bermula dari 13 Oktober 2008 drama bersiri sebanyak 20 episod Cinta Batu Belah melalui slot Lagenda bersiaran di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang. Kisah drama Cinta Batu Belah adalah diadaptasi dari cerita Hikayat Lagenda iaitu Batu Belah Batu Bertangkup.
GAMBAR PELAKON-PELAKON SLOT LAGENDA: CINTA BATU BELAH YANG KINI DISIARKAN DI TV3 PADA SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS, JAM 4.30 HINGGA 5.30 PETANG
Dibintangi oleh barisan pelakon:
Elly Mazlein sebagai Safiya
Shahrul Kamaludin sebagai Sufian
Amyza Adnan sebagai Kamariah
Mak Ungku sebagai Naemah
Fezrul Khan sebagai Dr. Azmi
Wan Elyas sebagai Firkan - anak Sufian dan Safiya setelah dewasa
Linda Hashim sebagai Natrah anak Sufian dan Safiya setelah dewasa
Adik Kisnina sebagai Natrah sewaktu kecil dan Adik Haikal sewaktu kecil.
Plot cerita/Sinopsis:
Kisah 20 episode drama yang menyayat hati ini bermula dengan pertemuan antara Safiya (penuntut universiti) dan Sufian (pemotong rumput). Pertemuan mereka yang berakhirnya memupuk perasaan cinta antara mereka. Seperti yang telah dijangka, percintaan mereka tidak direstui oleh ibu Safiya, Naemah apabila dia ingin menjodohkan anak gadisnya dengan Nik Hisyam.
Walau bagaimanapun, Safiyah yang mencintai Sufian tetap dengan pendiriannya dan bernikah dengan Sufian walaupun dia dibuang oleh keluarganya.
Selepas bernikah Sufian dan Sufiya berazam untuk memulakan hidup baru. Safiya tinggal bersama Sufian dan ibu mertuanya yang sudah uzur di sebuah rumah kecil yang disewa mereka. Sufian bekerja keras menyara keluarga mereka sementara Safiya pula terpaksa menjaga ibu mertuanya yang semakin tenat.
Kehadiran cahaya mata pertama mereka, Natrah menyerikan rumahtangga mereka. Namun, badai mula melanda apabila Sufian bertemu kembali dengan Kamariah, rakan sekampung yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan membangkitkan perasaan cemburu di hati Safiah.
Ketika sedang mengandungkan anaknya yang kedua, Safiya mengidamkan daging rusa dan demi memenuhi permintaan isterinya itu, Sufian pergi ke hutan untuk memburu rusa. Malangnya, kemalangan telah berlaku dan menyebabkan Sufian terkorban. Tertekan dengan tragedi yang menimpa hidupnya, Safiya cuba untuk kembali berbaik dengan Naemah namun ibunya tetap tidak mahu menerima mereka anak-beranak. Terpaksalah Safiya mengharungi pelbagai derita dan tohmahan demi menyara kedua anak-anaknya yang masih kecil itu.
Pada suatu hari, Safiya membeli sate daging rusa yang telah ditempahnya seminggu awal. Dia membawa pulang sate daging rusa tersebut dan menyuruh Natrah menyimpan secucuk untuknya sementara dia pergi bersolat. Selesai bersolat, dia dikejutkan oleh jiran dengan keadaan Opah Uteh yang sesak nafas. Dalam keadaan tergesa-gesa Safiyah meninggalkan rumah dan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak menghabiskan makanan tersebut. Sekembalinya di rumah, Safiya terduduk lesu apabila dikhabarkan oleh Natrah bahawa Firkan begitu tamak menghabiskan semua sate daging rusa tersebut walaupun telah ditegah. Sayu mengenangkan sikap anak-anaknya, Safiya terus merajuk dan keluar dari rumah.
Kisah menyayat hati dan penuh dengan pengajaran ini berterusan dengan babak-babak yang meruntun perasaan seterusnya. Kemuncaknya di mana Safiya akhirnya telah tergelincir dan jatuh ke dalam lombong. Maka tinggallah dua beradik ini dengan penyesalan di atas sikap mereka sehingga menyebabkan ibu yang dicintai terkorban. Bagaimanakah kehidupan mereka setelah menjadi yatim piatu dan sebatang kara tiada tempat untuk bergantung? Mahukan nenek mereka, Naemah memelihara mereka atau masih adakah insan lain yang sanggup menghulurkan pertolongan kepada dua adik beradik malang ini?
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.gua.com.my dan helloskyblue.blogpsot.com untuk sinopsis Cinta Batu Belah dan picture)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan