Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Sabtu, 31 Oktober 2009

bosan ler nak posting blog ?


BORING !!!!

Ha..itulah perkataan yang dapat aku gambarkan hari ini...

Coz takder benda yang aku nak buat...

Dah ler esok keje....boring weh...


Khamis, 29 Oktober 2009

esok buat party...

alhamdulilah..syukur....ke hadirat illahi..hari ni genaplah sebulan aku bekerja di AGROBANK sbg JUNIOR EXECUTIVE....he2....genap sebulan..bermakna dapat ler gaji he2....actuallly aku dapat rm1350 gaji...he2...

sempena first gaji,aku sudah berjanji dengan kengkawan aku or classmate aku dulu 6AEK/2009 untuk belanja makan or wat makan..

Aku akan menunaikan janji aku tu..dah mengambil keputusan untuk membuat party or jamuan kesyukuran sikit...

Aku sudah pikir untuk menu untuk esok....

Menunya ialah :
  • SATE (400 cucuk)
  • ROTI JALA (160 biji)
  • BIHUN GORENG
  • AGAR-AGAR
  • BUAH-BUAHAN
ermm...sedapnyer...he2...

aku dah ajak semua friend2 aku.....actually diorang akan datang lepas solat Jumaat besok...

wa tak sabar rasanya nak temui korang....coz dah lama tak jumpa...rindu ler...

jumpa sok ye....

Rabu, 28 Oktober 2009

Cayalah RED WARRIOR…..Camno ni SKuad Jang !!!

Ha…semalam aku sempat ler gi tgk perlawanan bola sepak Piala Malaysia untuk SEPARUH AKHIR PERTAMA diantara Red Warrior (Kelate) ngan PERLIS….Memang ramai giler la gi tgk bola semalam….hu2…Hampir 25,000 orang hadir utk menyaksikan perlawanan sengit diantara Kelate ngan Perlis…

Skuad Polis juga bersiap sedia kot2…ada yang bergaduh,…bertumbuk…macam-macam lagik…

Apa-apa pun Tahniah la Kat my team he2…..RED WARRIOR (Kelate) telah mengalahkan skuad PERLIS dengan jaringan 2-0….ha2…..yes…nampaknya…impian untuk skuad Red Warrior untuk melangkah ke FINAL cerah…(insyallah…arap-arap dpt gi….n menang)…

Kawe banggo ngan prestasi skuad Kijang ni…congratulation kat jurulaih hebat kito iaitu B.Satianathan….memang demo jurulatih hok hebat…ganaz demo….teruskan bimbing skuad RED WARRIOR ni sampai ke FINAL…n bilo-bilo….congrat..

Hasil jaringan skuad RED WARRIOR disumbangkan oleh Indra Putra Mahyuddin dan Mohd Rizal Fahmi Rosdi….thanks coz sumbat gol……you so great player ar Indra…..i salute you…..

Sabtu ini,penentuan diantara sama ada KELATE or PERLIS yang layak ke FINAL (I want KELATE go to FINAL….tamatkan selama 38 tahun kito tak pernah lagik gi final…go Kelate….

Apa kesudahan Kutipan Filem Jin Notti & Momok The Movie ?

Erm…..hiburan di Negara kita digemparkan dengan berbadi mulut (perang mulut) oleh dua penerbit yang sohor (terkenal) iaitu David Teo & Norman Abdul Halim….Mereka saling mempertahankan hasil kutipan filem mereka iatu bagi penerbit David Teo untuk filem MOMOK THE MOVIE dan bagi Norman Abd Halim pula ialah filem fantasi JIN NOTTI….

Sehinggakan gossip ini menjadi semakin luas…..pengetahuan peminat-peminat filem….

Ish2..macam-macam….

Benda cam tu pun nak gaduh…apa da….

Bagi aku,kedua-dua filem tu ..ok jer bagi aku…..

Tapi yg aku mahu……setakat mana kutipan FILEM untuk JIN NOTTI & MOMOK THE MOVIE……

Rindu Korang !!! Miss You Forever

Ha..hari ni aku nak update pasal sekolah…erm…..

Entah ler…nape aku rasa sedih lak biler nak citer pasal sekolah ni…Aku rindu sangat-sangat sesi persekolah time SPM n form 6 dulu….wa….cedihnyer aku….rindu ler..

Actually sebenarnya aku rindu gak kengkawan,cikgu-cikgu yang banyak support aku time aku give up n sedih….aku rindu sangat-sangat……why….???

Aku rindu time form5 masa tahun 2007…tahun tu kitorang memang happy sangat..pelbagai gelagat dan aksi boleh kita rekodkan…..happy rasanya….

Aku ingat lagik..time belajar…kitorang buat study group…..balik lewat skul….discuss sama-sama… memang beshhh…

Friend yang aku sangat-sangat rindu

ANIS SOFIA :
she is my best n lovely friend….i like she because she so great girl…understand what happen to me….memang best…Anis ni seorang yang jenis happy go lucky…tapi time cedih….dier selalu murung…..when she sad…she always find me….n complete together…now dier sekarang belajar kat UITM Dungun..Dier amik kos Dilpoma Perbankan….I so miss you Anis

FARAH :
Farah ni seorang yang perangai giler-giler sikit coz memang watak dier camtue…oh…mulut dier fuhh…lazer beb….bab2 nak sound org bagi ark at dier….aku suka perwatakan dier yg jenis go lucky…Now dier study kat Bangi….taksilap aku dier amik Nurse….he2…nanti leh ar jumpo ko kat hospital ek…ha2….

HASMA (SEMA) :
Hasma ni seorang yang pendiam tapi bijak beb….kekadang bab2 cinta pun dia ok gak…memang serba boleh la dier…aku tabik spring ark at dier…masa dier duk sekelas ngan aku,dier lah salah seorang budak girl yang bijak dalam MATEMATIK MODEN n MATEMATIK TAMBAHAN….Kira ganaz gak ar dier ni…

Isnin, 26 Oktober 2009

Pilihan Lagu Ke Separuh Akhir MUZIK-MUZIK 24 – EDISI PERTAMA

Inilah dier serba sedikit mengenai lagu yang bakal berentap nanti di Separuh Akhir Muzik-Muzik 24

6 NOVEMBER 2009 (JUMAAT)

Artis : Mila
Lagu : Gila
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Nur Fatima

Komen : Ha…element lagu GILA ni agak rancak gak…kira sesuai utk generasi sekarang coz penyanyi dier pun kecil molek kalu tak bukan Si Mila tu….namun mampukah Gila berentap di Final…ermm…cam takder harapan jer..(wow….lazernya mulut aku ni….ish2…..tak ler….aku just bg pandangan jer….).Lagu ni mengisahkan tentang seorang artis/penyanyi yg telah diganggu oleh peminat yang fanatic/gila ler…itu sebab ler lagu pun nama GILA….

Pilihan : 3/10

Artis : YUNA
Lagu : Dan Sebenarnya
Komposer :
Penulis Lirik :

Komen : Lagu ni merupakan lagu yang paling besh…..lirik pun mantap….best ar…element yang diterapkan dalam lagu pun ok…congrat ar composer n penulis lirik…n si penyanyi sendiri si Yuna…pendatang baru…harapan untuk lagu ini ada potensi utk ke ANUGERAH JUARA LAGU KE-24

Pilihan : 8.5/10

Artis : AIZAT
Lagu : Kau & Aku
Komposer :
Penulis Lirik :

Komen : Lagu Kau & Aku ini merupakan sebuah lagu yang terbaik pernah dihasilkan oleh Aizat.Tak hairan lah Aizat Berjaya Separuh Akhir Muzik Muzik nanti.Aizat telah pun Berjaya ke AJL23 Pada tahun lepas dengan lagu LAGU KITA dan Berjaya mendominasi lagu kategori Balada itu…cayalah…Namun kali ini Aizat akan bersaing sengit dengan lagu-lagu yang hebat dan terbaik..

Pilihan : 8.5/10

Artis : HUJAN
Lagu : Aku Skandal
Komposer :
Penulis Lirik :

Komen : Lagu ciptaan sendiri band Indie ini mungkin akan layak kot ke AJL24 nanti…..tapi tak ler layak ke x….insyallah….

Pilihan : 5/10

Artis : PESAWAT
Lagu : Mirage
Komposer :
Penulis Lirik :

Komen : No Komen coz tak pernah lagik dgr lagu ni…..

Pilihan : 3/10


Artis : ALYAH
Lagu : Tak Mungkin Kerna Sayang
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Habsah Hassan

Komen : Yes..akhirnya Alyah leh jugak masuk Semifinal Muzik-Muzik…gumbiranya aku…..hopely la dpt…coz suara Alyah memang gempak n vaszz….gitu…lagu pun hebat termasuklah lyricnya sekali…fuh…power la..

Pilihan : 9/10

Artis : NADIA ft RED PEANUT
Lagu : Dia,Aku & Kamu
Komposer :
Penulis Lirik :

Komen : Lagu memang power….paduan suara yang mantap…hopely leh masuk….kalau tak masuk leh masuk Separuh Akhir ni pun dah ok..

Pilihan : 6/10

Artis : ONE NATION EMCEE
Lagu : Raja Gelek
Komposer :
Penulis Lirik :

Komen : tak rajin dgr pun lagu ni…

Pilihan : 5/10

Artis : RESHMONU
Lagu : Oh Anok-Anok
Komposer :
Penulis Lirik :

Komen : sama ar…tak rajin dgr lagu ni…tapi cam ada potensi jer nak masuk AJL24

Pilihan : 7/10

Artis : JACLYN VICTOR
Lagu : Bertamu Dalam Kalbu
Komposer : Anjang
Penulis Lirik : Anjang

Komen : Cayalah Jaclyn Victor…akhirnya leh masuk gak Semifinal ni…hopely masuk la AJL24…Memang lagu yang power…thanks composer coz dpt cipta lagu sehebat ni n give kat Jac…

Pilihan : 8.5/10

RAMALAN :

• DAN SEBENARNYA – YUNA
• KAU & AKU – AIZAT
• TAK MUNGKIN KERNA SAYANG – ALYAH
• BERTAMU DI KALBU – JACLYN VICTOR
• AKU SKANDAL – HUJAN

PERSAINGAN LAGU (ANUGERAH JUARA LAGU KE-24) – MUZIK MUZIK

Nampaknya pengumuman lagu-lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 24 telahpun diketahui.Banyak lagu-lagu yang mantap,best dan good la nak dgr nanti masa kat final dan sesuai utk bertanding.

Kali ini,sebanyak 30 buah lagu telah disenaraikan untuk berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 24.Lagu tersebut akan berentap selama 3 minggu dimana 10 lagu akan berentap setiap minggu.Tarikh yg bakal lagu tersebut berentap ialah 6,13,20 November.

Hanya 14 buah lagu saja yang bakal diambil dan diadili oleh juri-juri professional nanti.14 lagu tersebut bakal berentap di ANUGERAH JUARA LAGU KE-24 yang bakal diadakan pada JANUARI 2010 nanti (oohh…tak sabar rasanya nak tgk final nanti ni….mesti banyak kezzutan……wah….)

Okeylah…seperti yg kita sedia maklum..bahawa AJL24 kali ini tidak lagi mempertaruhkan kategori-kategori seperti Balada,Po Rock,Irama Malaysia & Etnik Kreatif.So bebas la composer yang terlibat dan tidak terikat mana-mana kategori yang terbabit (BALADA,POP ROCK & IRAMA MALAYSIA & ETNIK KREATIF)..

Untuk pengetahuan korang jugak,penyertaan lagu bagi kategori IRAMA MALAYSIA & ETNIK KREATIF juga agak kurang menyebabkan perubahan drastic terus dilakukan utk merancakkan lagi ANUGERAH JUARA LAGU KE-24 nanti..

Bagus juga apa yang dilakukan oleh penerbit AJL24/Muzik Muzik (tak tahu nama…so sorry ler) tidak lagi menggunakan@mempertaruhkan kategori-kategori.So piak penulis lyric & composer freely membuat muzik & pelbagai genre…..cayalah…(tiru trademark si Nubhan)..
Okeylah..apa-apa pun..

nantikan Siaran Langsung Separuh Akhir Muzik-Muzik 24 yang akan disiarkan di TV3 (bunyi kaba akan disiarkan pada waktu malam….so leh korang sumer tgk……semoga terenjoy ek..)

PEPERIKSAAN STPM 2009 AKAN TIBA

31 HARI LAGI….

Ha…pejam celik pejam celik nampaknya dah hampir sebulan lagik nak exam STPM 2009..Wa….takutnya aku…dah ler preparation nak jawab exam nil um sediakan lagik…

Ya Allah…aku mohon dengan keredaanMu ini,

Kau kurniakanlah hati hambaMu ni dengan ketenangan semasa menduduki peperiksaan STPM nanti.

Aku mohon kepadaMu Ya ALLAH…

Kau Sihatkanlah tubuh badan hambaMu ini Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…

Amin…Kau bukakanlah hati hambaMu ini supaya dapat jawab dengan sempurna peperiksaan yang bakal hambaMu ini hadapi nanti…

Amin…Ya Rabana Alamin….Walhamdulilah Hirabobil Alamin…

Kisah Harry Potter Sebenar

Hari ni aku nak citer sedikit mengenai berita yang baru aku sempat baca kat dlm paper hari ni..(HARIAN METRO-EDISI 26/10/2009)..Aku tertarik dengan satu tajuk mengenai “ DILEMA HARRY POTER SEBENAR”..Lantas aku baca ar citer dier…

Lagipun aku ni memang minat giler la kalu ada story about HARRY POTTER ni..Tapi story HARRY POTTER yang ni lain skit…

Aku pun khusyuk la baca citer mengenai HARRY POTTER ni…Lepas jer baca,aku pun baru paham..

CITER DIER BEGINI :

Ada seorang mamat Hollywood ni berasa dlm keadaan tertekan dan marah dengan situasi sekarang.Mana taknya..namanya menjadi bahan ejekan setiap orang dan lawak (Walaupun Tak Lawak Pun)..Memang ar orang lawak coz takut dier berbohong apabila beliau mengatakan yang dier adalah Harry Potter (memang yg sebenar dier nama HARRY POTER)..
So takyah nak nafikan ler..kasihan la kat ko ni….ni bro….walaupun nama ko HP (Harry Potter)..tapi orang cam tak caye jer ngan ko…he2..


Dalam paper tu siap tunjuk passport lagik yg mengatakan dier ni Harry Potter…
Last-last dier arap dier dpt hidup dgn tenang..Tak ler serabut cam sekarang ni….he2…

Ye la…kalu aku pun tertekan gak….setiap kali jumpa jer..org pasti gelak coz nak berlawak….

Ish2….macam-macam ler korang ni…

Ahad, 25 Oktober 2009

Target Lagu Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24

  1. Becinta - Faizal Tahir
  2. Pakai Buang - Stacy
  3. Dan Sebenarnya - Yuna
  4. Kau & Aku - Aizat
  5. Pergi - Aizat
  6. Cinta Adam & Hawa - Misha Omar
  7. Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
  8. Pari-Pari Dibawah Angin - Meets Uncle Hussien
  9. Masih Jelas - Hafiz
  10. Anok Oh Anok - Reshmonu
  11. Bertamu Di Kalbu - Jaclyn Victor
  12. Ketika Ini - Estranged
  13. Enjut - Noraniza Idris
  14. Situasi - Bunkface
macam mana ngan pilihan anda ?

Yaho...Senarai 30 Lagu Berentap Ke Separuh Akhir

Becinta - Faizal Tahir
(Audi Mok/Faizal Tahir)

Pakai Buang - Stacy
(Edry/Edry)

Aurora - Estranged
(Estranged/Estranged)

Benar-Benar - Adam
(Edry/Edry)

Ku Pinjam Satu Bintang - Alyah & Riz
(Ajai/Slen)

Rindu Terhenti -Tomok
(Aubrey Suwito/Tinta)

Situasi - Bunkface
(Sam/Sam)

Dan Sebenarnya - Yuna
(Yuna,Paan, Efry,Adil/Yuna, Paan, Efry,Adil)

Kau Aku -Aizat
(Aizat/Aizat)

Pergi - Aizat
(Pete Teo/Pete Teo)

Aku Scandal - Hujan
(Noh/Noh)

Patri - Jinbara
(Anjang/Anjang)

Mirage - Pesawat
(Jipie/Jipie)

Cinta Adam & Hawa - Misha Omar
(Azmeer/Loloq)

Khatimah Cinta - 6ixth Sense
(6ixth Sense/6ixth Sense)

Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
(Ajai/Habsah Hassan)

Pari-Pari Di Bawah Angin -Meet Uncle Hussein
(Taj, Tassiq, Lan/TajaTassiq, Lan)

Gila - Mila
(Audi Mok/Nur Fatimah)

Dia, Aku Dan Kamu - Nadia & Red Peanut
(Eddie Hamid/Ahmad Fedtri Yahya)

Raja Gelek - One Nation Emcees
(Damien Mikhail/One Nation Emcees)

Oh Anok Anok - Reshmonu
(Reshmonu/Farasha Osman)

Masih Jelas - Hafiz
(Aidit Alfian/Ad Samad)

Tahu Tak Tahu Joget - Jinbara
(Anak Jin,Palut/Anak Jin)

Bertamu Di Kalbu -Jaclyn Victor
(Anjang/Anjang)

Ketika Ini - Estranged
(Estranged/Estranged)

Seadanya - Nubhan
(Sharon Paul/Azalea)

Aku Rindu Sayang Kamu - Black
(Yuzai/Yuzai)

Enjut - Noraniza Idris
(Cat Farish/Ahmad Fedtri Yahya)

Fikirlah - Aizat
(Anas/Anas)

Bengang - Akim
(Amir/Sheikh Qalam)

Kenali Peserta Sehati Berdansa 3

Ha…pasti korang ternanti-nanti kemunculan program reality yg semakin vazz dan meningkat naik ratingnya “ SEHATI BERDANSA”.Program ini telahpun masuk musim ke-3.Seperit musim-musim terdahulu (MUSIM 1 & MUSIM 2) ia masih mengekalkan format yang sama iaitu 50% juri & 50% daripada undian SMS penonton (kekadang SMSlah menjadikan penentuan kepada peserta program reality ini)…

Seperti musim sebelum ini,pengacaraan memang menjadi tarikan sesebuah program yang diadakan.Penonton akan melihat dahulu pengacara….barulah akan terus menonton sesebuah program yang disiarkan…Kalau pengacara hebat…maka program tu hebat ler….kalu pengacara yang tak hebat…so walaupun program hebat…takkan menjadi hebat….he2…Sebagai contoh….aku amik si Pak Nil (Aznil Haji Nawawi)…Beliau sekarang menjadi or mendapat gelaran pengacara top1 or no.1 di Malaysia…..ganaz ooo…..Memang aku salute ark at Aznil…..setiap Anugerah yang diadakan….memang dia bolot lah….Kalau ada jer kateogri “PENGACARA TV PALING POPULAR”…Nama Aznil pasti tercatit n disebut-sebut untuk memenangi anugerah itu…

La…apa yang aku duk merapu pasal pengacara ni…ish2…….

Kita continue balik program SEHATI BERDANSA….Seperti musim lalu,pengacara memang dikhaskan sebanyak 3 org….iaitu

2 orang untuk mengendalikan MALAM SEHATI BERDANSA
1 orang untuk mengendalikan DETIK SEHATI BERDANSA & DI SEBALIK SEHATI BERDANSA

Untuk tahun lepas…Fahrin Ahmad telah memegang jawatan (cyeh..ganaz ooo bunyi tu)….sebagai Pengacara untuk Malam Sehati Berdansa…Beliau memegang selama 2 tahun iaitu 2 musim…. Namun..untuk musim ini…beliau sekali lagi…diberikan kepercayaan oleh ASTRO untuk mengendalikan program reality ini….Namun..disebalik pembantu pengacara si Fahrin pulak camner…adakah masih penagacara yang top jugak iaitu Linda Onn….

Ha3….Akhirnya..Fahrin Ahmad tidak lagi digandingkan dengan Linda Onn…Beliau telah digandingkan dengan pendatang baru iaitu pelakon,model,pengacara yang semakin vazz…n ngetop n popular pada masa kini iaitu Scha.Scha merupakan pelakon utama bagi drama AWAN DANIA yang memegang watak Dania.Scha telah menggantikan tempat Linda Onn untuk Sehati Berdansa Musim Ke-3 kali ini..Mampukah Scha mengendalikan program Sehati Berdansa 3 ini bersama dengan Fahrin….He2….Saksikan……….!!!!

Untuk pengacara Di Sebalik Sehati Berdansa pula,Awal Ashaari telah ditugaskan untuk mengendalikan slot itu,..Dalam slot itu,ia memaparkan aktiviti perjalanan semua peserta-peserta Sehati Berdansa 3 ini.Pelbagai gossip,drama yang bakal anda saksikan dalam slot ini….

Okeylah…dah panjang sangat aku berleter ni…aku akan ke go head kepada Main Point aku dalam blog ini iaitu “KENALI PESERTA SEHATI BERDANSA 3”

Seperti musim yang sebelumnya,memang tak dinafikan 9 peserta telah dipilih untuk mengharungi dalam perlumbaan Sehati Berdansa….siapakah yang bakal bergelar Juara Sehati BERDANSA untuk musim ketiga ini…Nantikan…..

Untuk 9 orang peserta kali ini terdiri daripada penyanyi,pelakon,pengacara,ahli sukan,ahli perniagaan dan lain-lain lagi..Memang banyak opsyen peserta kali ini…Ada yang kurang famous n ada yang famous gak.Antara 9 orang peserta yang terlibat secara langsung dalam SEHATI BERDANSA 3 ialah :

Sazzy (Pengacara) & Nazril (Pelakon,Pengacara)
• Isma (Penyanyi) & Zul (Pencipta Lagu,Penyanyi)
• Dira (Pelakon,Pengacara) & Ash (Ahli Business)
• Mirna (bekas pemain Hoki) & Norah
• Oshin (penyanyi – Lips) & Firdaus
• Enot (pelakon) &
• Anita (pelakon,model) &
• Didie (pelakon) & Sham

- lupa nak masukkan nama Sein & Nana....sorry

Ha…itulah senarai yang layak utk meneruskan perjuangan SEHATI BERDANSA musim ketiga ini…

SAZZY & NAZRIL
- Bagi Sazzy…menari bukanlah sesuatu yang susah..coz tubuh badan yang kecil memudahkan sesuatu aksi yang Berjaya beliau lakukan…
- Aksi yang lincah bakal dilakukan oleh Sazzy nanti..
- Pasti ramai yang terpegun aksi beliau nanti….
- Bagi Nazril,……………..ok….sesuai dengan Sazzy….

ISMA & ZUL
- Isma sangat beruntung coz dalam AF7 beliau telah belajar pelbagai tarian..so tak jadi masalah utk mereka menari…
- Bagi Zul….erm…..tak tahu nak cakap per…tgk jer la….he2

Rabu, 21 Oktober 2009

Sehati Berdansa 3 ...Favourite Peserta ?

Ha...Sehati Berdansa 3 telah muncul kembali....nampaknya bermulalah minggu ini..korang star la voting peserta favourite korang yer..jangan sampai tersingkir sudah ler..jadi cam program Realiti Popular Malaysia....Akademi Fantasia.....ha2..

Okeylah...Sehati Berdansa musim ke-3 ini telah banyak berubah kira...come new back...cam pengacara.....pentas....dan pelbagai lagi...

PENGACARA :

Untuk pengacara kali ini,Astro memberikan kepercayaan lagi kepada si aktor tampan dan handsome iaitu Fahrin Ahmad untuk mengendalikan lagi Malam Sehati Berdansa...selain Fahrin...(fahrin takkan keseorangan mengacarakan mamam sehari berdansa...)..kira partner dier adalah Scha....(bintang yang semakin melonjak naik namanya....vazzz....gitu.....

Bagi diari taksilap aku si Awal Shaari lagi masih mengacarakan program itu...memang bessh...sesuai gitu...

Berbalik kepasa Sehati Berdansa..kita imbas kembali....dimana SEHATI BERDANSA musim pertama telah dimenangi oleh pasangan palling romantik n besh....(VANIDA IMRAN & RASHIDI ISHAK) dan untuk musim kedua pula....telah dimenangi oleh PELAKON jugak iaitu LISDAWATI & FAUZI NAWAWI....saper pulak yang bakal menerjah menjadi juara SEHATI BERDANSA MUSIM KETIGA ini...nantikan......final nyer...(lambat lagi finallll...first episod pun lum disiarkan lagi...he2)..

Untuk peserta kali ini...agak biasa jer....kira ada yang aku kenal dan ada yang tak aku kenal....cam OSHIN....yang lain aku semua kenal....

pihak Astro telahpun mengumumkan senarai peserta yang mana ianya terdiri daripada 9 pasangan selebriti tanah air kita. Mereka ialah..

Sein & Nana

Sazzy & Nazril

Oshin & Firdaus

Mirna & Norah

Isma & Zul

Enot & Zainul

Dira & Ash

Didie & Sham

Anita & Ismadi

siapakah yang akan berjaya menruskan perjuangan dalam SEHATI BERDANSA 3.....Teruskan mengundi...

Lagu-lagu Hot Sekarang

Ha....Lagu yang tengah HOT !!!! sekarang ni....yang menjadi favourite aku.......
  1. Hampa Hatiku - Ungu
  2. Selalu Mengalah - Seventeen
  3. Pemain Cinta - Ada Band
  4. Menatap Matamu - Aril
  5. Jika Kau Ubah Fikiranku - Mila
  6. PUSPA - ST12

Tahniah Hot FM !!!!


Tahniah......

HOT FM !!!

Kerana

Berjaya Menjadikan Radio Ini Sebagai Radio No.1 Di Malaysia...

Kelas gituz......Berjaya juga akhirnya mengalahkan pendominasi yang kukuh selama ini Radio Era..

Radio Era akhirnya terpaksa akur dengan kedudukan tempat kedua..Nampaknya beralih arah dah turun takhta ler yer....(kalau nak naik balik.....kena la ubah kepada yang baru...jgn asyik yang program or hos yang lama jer......please give new comeback.....biar org lain....terpegun....)...bARU Gempak.....

He2...aku bukannya nak jatuhkan radio Era,tapi sejak kebelakangan ini,ak kurang sgt nak dgr coz prgram yang agak biasa jer....seb baek ada Riuh Pagi Era (Pak Nil bersama Din Beramboi) yang memang gempak dengan telatah dan lawak yang dilakukan.....yang lain biasa jer....

cONGRAT EK hOT fM......kalau nak kekalkan rating pendengar.....so pandai-pandai ler....jaga hati pendengar.....jgn ikut syok sendiri lak ek...(mulut aku ni dah nak sampai tahap laser dah ni....he2...)

Selasa, 20 Oktober 2009

makan kek...nyum nyum sedapnyer...

Nyum..Nyum...Nyum....

cedapnyer...kek...

hik2....ni first time aku makan kek secret recepi....dah la kek ni mahal....harga dier lebih kurang rm78.00....mahal giler...sek baek kek ni telah disponsorkan oleh my cousin....hik2

leh la rasa nak makan kek mahal ni...kalau tak kempunan la aku ni...

kat cni...sempat la aku amik gambar kandid yang aku citer pasal kek tu....

selamat mejamu matanyer....kalau nak try...beli yer.....hik2...

Khamis, 15 Oktober 2009

Kandid My Myspace,Hi5,Tagged



*********************************************************************


******************************************************************
MY HI5 Alamat : hairulhafiz.hi5.com

yE....yE.....yE......Cuti

Ye...Ye..Ye....Ye..

Sukanyer aku...coz mulai ini hari ini.....aku dah start cuti........just for 3 hari.....bermula esok sampai hari Ahad ni....best gileerr....


Aku pun amik keputusan nak chow gi Shah Alam.....nak gi berehat jap sambil menjamu mata......he2...

Jangan marah yer...

Aku akan bertolak ke Shah Alam ngan bus Sani Express mlm ni...Lebih tepat pukul 9.30 (tapi taktahu la pukul berapa bas sampai kat Tanaha Merah...kekadang lewat gak bas ni,.,,,,,

Tapi apa yang penting....aku nak tido puas-puas dlm bas malam ni...coz penat sehari aku bekrja...penat giler.....hhe2......naik pulak bas Bussiness Clas......he2....

Ni first time aku naik SANI EXPRESS....Cam berdebar lak rasanya.....

Ha2.....

Selasa, 13 Oktober 2009

Kandid Time Rumah Terbuka Raya at Skul 09

pasangan paling secocok time ni...coz baju sama colour.....

my best friend,maryam...

my best friend,mc sue...

my special friend....siti

my best friend.....pokwa,pali,jabal,syafiq,ceraf,alif,wan,aku,n moha...

yang mana idaman kalbu...

calon-calon gadis melayu....he2...pilih-pilih...

my best friend....intan &
he2....kandid yang tak menjadi...aku asyik ketawa jer...

fuh.....cantik tak tudung aku......kata Zoey....yang Grah lak duk enterprame dlm gmbr ni...he2

he2...my best & lovely friend.....Wafie,Alif n Intan & Ekah...

jom..buat gaya masing-masing...

senyum...wow....the great picture.....he2..

Isnin, 12 Oktober 2009

Pencari JalanMu - Afgan

Pergh.....best giler la lagu ni...memang menyentuh jiwa ku......sedih beb......

Coba korang tgk or fahami lyric-lyric lagu ni...memang syahdu....

Tabik spring ar kat komposer lagu ni....

Apa-apa pun...cayalah Afgan....memang sore ko memang hebat......gue minat sore kamu....kamu mantop....

Lepas lagu Terima Kasih Cinta,Afgan sekali lagi bakal hits dengar lagu yang terbaru....yang bertajuk "Pencari JalanMu"....nantikan...cyeh...cam sponsor Afgan lak...ha3....

Kalau korang tak caye...korang dgr la sendiri...kalau takder per2...memang sah la korang ni memang takder emosi or feeling...ha2....

Disini aku sertakan lyric lagu ni dan video muziknya sekali....

Selamat Mendengar....

tlah banyak yang ku lewati
jalan hitam di dunia
tak terhitung salah menodai

masihkah ada kesempatan
bagiku mendekatkan
hati dan cinta kasihMu

reff:

ku ingin bersihkan diriku
dari segala dosa
yang tlah ku perbuah hingga kini
ku ingin bersihkan jiwaku
terangilah dengan segala
petunjuk jalanMu

bersihkan, terangi, hidupku

tiada yang ada selainMu
yang selalu menjagaku
meski kadang tinggalkanMu

aku hanyalah manusia
yang mencari jalanMu
yang pasti kembali padaMu

repeat reff [2x]



Sabtu, 10 Oktober 2009

Sedih !!!

SEDIH.......SEDIH.....SEDIH.....

Ermm......

sudah tiga hari aku sedih beb......

coz ada ler seorang mybest friend aku ni.....aku tak tahu ler...apa salah aku....

tut-tut...dier tak nak balas mesej aku n jawab fon aku.....

aku pun tak tahu ler....

baru ni dier ada gtahu aku yang dier ada prbolem sikit....tapi dier nak settle sendiri.....

aku try ler tanya dier...tapi dier taknak bgtahu pun....

aku pun ape kisah...aku ni bukan yang jenis suka jaga tepi kain org.....

lantak ar......janji aku idup happy......

k

ar....

aku chow dulu....

p/s: kepada "K" aku sangat kesal dengan sikap ko kat aku.....seidh giler....aku ingat leh teruskan persahbatan sampai biler-biler.....namun kalau macam ni la sikap ko...aku rasa baek break jer friendship kita ni....k....

Isnin, 5 Oktober 2009

Pisau Cukur Hebat !!!


Okeylah…sudah lama aku tak meng”updatekan” blog ini yer…coz aku sekarang tengah sibuk bekerja….Keje tempat bru….kat AGROBANK….

Hari ni aku nak update pasal citer yang bakla menjengah pawagan nanti pada 5 November iaitu sebuah filem arahan BERNARD CHAUDLEY….Tentu korang masih ingat lagik tentang sebuah filem remaja yang pernah popular iaitu GOL & GINCU yang telah menaikkan nama Asyraff Sinclair,dan Fazura…Kali ini,Bernard sekali lagi mengarahkan sebuah filem yang bergenrekan “ROMANTIK”…

Filem tersebut diberi judul “PISAU CUKUR

Ha…hah……nama tajuk filem pun dah menarik…..itu belum masuk tgk citer dier lagik….Memang best ar..

Kelmarin aku telah pun tgk DST (Di Sebalik Tadbir).....citer Pisau Cukur...MEMANG HAPPENING....KELAKAR GILER citer dier.....

Apa-apa pun aku puji ar kat pengarah yang semakin meningkat naik iaitu Bernard cHaudley...

Aku juga nak puji gak tentang poster filem PISAU CUKUR ini...Memang vazzsssss...gitu....best ar...hopely dapat la poster terbaik kalau tercalon nanti.....insyallah....

Apa-apa pun korang jangan lupa la saksikan filem ini tau di pawagan nanti.....

or

korang leh lawat or layari di laman web www.pisaucukur.com.my

Negara Pelawat Blog


free counters