Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Selasa, 29 September 2009

Corat-Coret Rumah Terbuka Raya

Ha.....aku nak citer la pasal Majlis Rumah Terbuka Raya peringkat Sekolah aku iaitu SEK.MEN.KEB TANAH MERAH (2).Majlis Rumah Terbuka AidilFitri ini telah diadakan pada hari selasa iaitu hari ini (29/09/2009) di SMKTM2..Pelbagai aktiviti telah diadakan pada sambutan rumah terbuka itu...

Memang Beshhh........

Antara corat-coret yang sempat aku tulis ialah :
  • Majlis sambutan bermula pada pukul 7.45pg lagi....
  • semua diwajibkan hadir dan dtg ke tapak perhimpunan utk perasmian majlis rumah terbuka itu...
  • semua sedang sibuk siapkan khemah utk dihiaskan....cantik2
  • masing-masing berpakaian warna-warni
  • majlis diserikan dengan nyanyian daripada pelajar utk menyanyikan lgu raya...
  • pelbagai juadah disediakan......

Jumaat, 25 September 2009

Page-Up Raya


Yes..Akhirnya Dapat Keje Kat Agrobank

Alhamdulilah...syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga aku posting blog untuk hari nii....

Okeylah...aku posting/update blog ini untuk korang sumer tahu bahawa aku akhirnya berjaya jugak keje kat Agrobank...First aku dapat call dari Agrobank Tanah Merah memang terkejut giler la....hik2...Memang tak disangka-sangka....

Aku disuruh oleh pegawai bank Agrobank untuk datang ke pejabat untuk mengambil borang pendaftaran masuk dan borang medical chek up...Aku berasa teruja sangat-sangat...

Aku mendapat jawatan sebagai Junior Executive...hik2....bunyi cam kelas jer....he2..

Aku kena lapor diri kat Agrobank TM pada 1hb 10 ni.....

Kandid Malam Raya


my youngers daughters...Eriqa


jom posing.....hik2


hik2....cam model raya lak aku ni....


jom main bunga api.....


Nabila(Angah) sedang main bunga api.....


Cam Model Pelita lak...hik2.....sek baek la tak terbakar muka time amik gmbr masa ni...


My lovely sepupu sedang main mercun....baik-baik nanti kena tangan....kan tak beraya lak...


my lovely sepupu (Angah & Asyraff)


my lovely sepupu (Oshin)...manja gitu time amik gmbr


main jangan tak main...hik2

Sabtu, 19 September 2009

Minal Aidil Wal Faizin 09

Salam
Aidilfitri '09


Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2 blogger..


Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:

TERkasar bahas,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam 'TER' lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG...
MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN
KeRaNA aDa TiKaNyA
MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI
TeRsaLaH MeNDuGa.

SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Raya tahun ni REZEKI melimpah2..
jadi terima lah duit raya dari ku RM100.......
Jangan membazir lak..
cukup rasanya sampai raya tahun depan ni..heheheee..

Salam AidilFitri...Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi meneruskan membaca posting daripada blog saya ini.

Okylah...sempena Hari Raya AidilFitri yang dinanti-nantikan esok...(Ahad)...Disini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf dan silap kepada sesiapa yang telah saya buat salah sama ada secara sengaja atau tak sengaja....

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli keluarga saya terutama Umi,Abah,Kak,Dayah,nUYU,aDIK dan kengkawan yang masih lagi menginati diri ini terutama Kelas 6AEK.Semoga Hari Raya nanti dapat bersama-sama ek...

Nanti raya jangan lupa lak kat aku kat sini yer....

Okylah..aku chow dulu....Selamat Hari Raya AidilFitri.....

Khamis, 17 September 2009

Assalammualaikum....

Kepada semua MEMBER yang dirahmati Allah hendaknya...

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas:

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan seribu kemaafan atas salah dan silap saya yang tersirat dan tersurat...semoga dengan kemaafan ini dapat kita membersihkan hati dan nurani agar terbuka pintu rahmat untuk kita semua..........

Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga dan org tersayang...

Kepada yang balik kampung tu...... berhati2lah memandu......

Biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju............

Pisang emas di bawa beraya
Masak sebiji di Puduraya
Hutang duit sebelum raya
Masa nak bayar selepas raya

Pisang emas di bawa beraya
Masak sebiji di Balairaya
Semua hutang nak sambut raya
Tauke kedai juga yang kaya raya

Tinggi tinggi si hantu raya
Anak kerbau mati tak sempat raya
Main mercun di tepi jalanraya
Langsung tak ingat nak sembahyang raya

Dua tiga kucing beraya
Mana nak sama si badak raya
emapt lima hari lagi nak beraya
banyaklah berita kemalangan jaranraya

Dua tiga kucing pendakwaraya
manakan sama kucing rimba raya
dodol , lemang , rendang dan kuih raya
budak budak tetap nak duit raya

Gendang gendut tali rapia
kenyang perut makan kuih raya

Kura kura dalam paya
SELAMAT HARI RAYA..............

Rabu, 16 September 2009

4 Langkah Mudah Untuk Mula Menjana Pendapatan

4 Langkah Mudah Untuk Mula Menjana Pendapatan

Hanya RM5 sahaja untk bermula - 100% tiada risiko

Membuat pendaftaran, selepas itu terus login untuk aktifkan akaun dengan membuat pembayaran kepada penaja anda
Buat sms pengesahan pembayaran pada no hp penaja anda, ini untuk mempercepatkan akaun anda diaktifkan
Selepas akaun anda diaktifkan, sila test link url web anda dan mula melakukan promosi
Mula menerima RM5 dari setiap seorang yang join di bawah link url web anda, 100% komisyen milik anda

MAHUKAH ANDA MENERIMA LIMPAHAN RM5 MASUK KE AKAUN BANK ANDA??

MAHUKAH ANDA MENERIMA LIMPAHAN RM5 MASUK KE AKAUN BANK ANDA??

Jadilah Reseller Produk Danaraya, pelancaran semperna musim perayaan yang bakal tiba, jadikan Hari Raya tahun ini paling bermakna

CIRI-CIRI HEBAT DANARAYA
  • Hanya RM 5.00, sesiapa pun mampu
  • 100% komisyen milik anda
  • Tanpa melalui akaun bank admin
  • Komisyen terus ke akaun bank anda
  • Terima SMS duit dah masyuk!!

BARU DILANCARKAN, JOM JADI YANG TERAWAL!!
MAKLUMAT LANJUT KLIK >>

http://www.danaraya.com/?id=hairulhafiz

Selasa, 15 September 2009

Kongsi Pendapat ? : Lagu Raya Moden or Lagu Raya Dulu-Dulu

Ok..assalamualaikum semua...hopely semua sihat-sihat belaka ek disamping menunaikan ibadah puasa yang sedang berjalan hari meniti akhir Ramadhan yang bakal tiba...

Okey..sebut jer pasal Raya korang mesti happy kan..mana taknyer....raya ni kan dua tahun sekali...iaitu RAYA AIDILFITRI n RAYA HAJI/AIDILADHA...Memang happy la time raya ni..

Dengan raya ni,kita dapat mempereratkan hubungan silatulrahim sesama kita...

Ok..Tag kita tentang Raya...Kalau sebut Raya tentu anda ingat
  • DUIT RAYA (siapa yang dapat kutip byk)
  • BAJU RAYA (moden)
  • KIUH RAYA (moden vs dahulu)
  • LAGU RAYA (moden vs dahulu)
  • HIASAN RAYA (ala kadar or specially)
Hari ni aku nak pokuskan tentang Lagu Raya...Lagu Raya nilah dapat menaikkan or membangkitkan semangat raya coz lagu ni meningatkan dan memeriahkan lagi hari raya kita.Lagu raya kini tidak seperti lagu raya yang dulu-dulu.Lagu raya kini sudah moden berbanding dahulu.

Tapi bagi aku lagu raya dulu dan moden memang best..cuma lagu moden ni terlampau banyak elemen muzik rock,pop,balada....kurang element irama malaysia,etnik kreatif.. Kekadang jer lagu moden berirama cam tu...hik2...tu just pandangan aku je la...korang jangan sue aku lak ek...

Lagu Raya yang famous la time masa dulu-dulu seperti :
  • Balik Kampung - Allahyarham Sudirman
  • Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Allahyarham Sudirman
  • Selamat Hari Raya - Saloma
  • Dendang Perantau - P.Ramlee
  • Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
  • Selamat Hari Raya - Sharifah Aini
  • Suasana Riang di Hari Raya - Junainah Amin
  • Selamat Hari Raya - Rafeah Buang
  • Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar
  • n..........banyak lagi...tak sempat nak tulis...byk2
Bagi Lagu Raya Moden Pula seperti :
  • Mekar Hari Raya - Datuk Siti Nurhaliza
  • Sesuci Lebaran - " "
  • Nazam Lebaran - " "
  • Nikmatnya Hari Raya - " ARTIS SRC"
  • Ayah..Aku Rindu Pada Mu - Mawi
  • n...banyak jugak lagi....yer...
So...apa pandangan anda.....?

Bagi aku...kalau takder yang lama--------takkan ada yang baru....betul tak ?

Jom bagi komen or pilhan lgu raya sama ada LAGU RAYA MODEN or LAGU RAYA DULU-DULU

Isnin, 14 September 2009

Duit Raya Mr.Bean...



Ha..ha....ha...

Kelakar gilller....la aku tgk gmbr duit kat atas...

Memang kreatif pulak diorang ni...He2...

Aku amik gmbr ni dalam tagged yang dihantar oleh seseorang utk ucapkan Hari Raya yang bakal menjelma nanti...hik2

Memang ganaz ar.....Mr.Bean jadi pengganti dalam gmbr yang sepatutnya orang lain..hik2

Jangan korang pergi kat shoppiing complex nak shopping raya ni sudahlah.....korang kena tahan coz bawak duit palsu...he2....

Ingat ini hanyalah suka-suka....jangan amik dan cetak wat duit yer...

Apa-apa pun aku nak ucapkan selamat bershopping raya dan selamat menyambut Hair Raya AidilFitri yang bakal menjelma tidak beberapa hari lagi....

Tukar Background Baru Baru

Ha...pening giler la nak sudahkan n cantikkan blog ni.Macam-macam aku masukkan dalam blog ni..

Hopely korang sumer suka ek...

Aku dah udpate background yang baru..kira favourite background ler..

Aku pilih background ni coz warna dier simple dan sedap mata memandang....hik2...

Ahad, 13 September 2009

Favourite Biskut Raya


Tart Gulung Nenas....my favourite


Biskut Almond London


Biskut Batang Buruk....kelakar namanya...tapi sedap beb...


Biskut Mama Carrie.....oww....great name...


Biskut Gajus...


Biskut Semperit...

7 Hari Lagi

Yahooo.....

Ye...Ye...Ye...

7

hari lagi nak raya......

Tak sabar rasanya nak raya...nak main mercun....makan ketupat, rendang, lemang,kuih raya especially tart nenas n btg buruk..my favourite beb...

Aku suka time malam raya coz malam ni malam yang paling besh dalam hidup aku coz mlm ni la malan org round2 kampung,tgk main mercun,main mercun,pasang pelita,main bunga api....n banyak lagi.....besh ar...escpecially time duk kat kg...suasana raya tu ada la...

Cam tak caya jer tinggal 7 hari lagi nak raya....sek baek ler baju raya dah siap...kalau tak pakai yang tahun lepas je la....

Tahun ni kitorang pakai tema warna merah maroon....warna pilihan untuk tahun ni...

Khamis, 10 September 2009

Program Raya TV3 & TV9

Berikut ialah program-program istimewa di TV3 & TV9 sempena Aidilfitri sepanjang bulan Syawal ini:

TV3: Raya Movies

  • Nana Tanjung 2- Raya pertama, 20 September, 3 petang
  • Duyung- Raya pertama, 20 September, 9 malam
  • Cicakman 1- Raya kedua, 21 September, 3 petang
  • Cicakman 2- Raya kedua, 21 September, 9 malam
  • Dunia Baru The Movie- Raya ketiga, 22 September, 3 petang
  • Evolusi KL Drift- Raya ketiga, 22 September, 9 malam
  • Qabil Khushry Qabil Igam- Raya keempat, 23 September, 3 petang
  • Sifu & Tongga- Raya keempat, 23 September, 9 malam
  • Waris Jari Hantu- Raya kelima, 24 September, 3 petang
  • Jangan Tegur- Raya kelima, 24 September, 9 malam
  • Otai- Raya keenam, 25 September, 3 petang
  • Sepi- Raya ke-10, 29 September, 10 malam
  • Akhirat- Raya ke-11, 30 September, 10 malam
  • Gondoruwo- Raya ke-12, 1 Oktober, 10 malam
TV3: Telemovie Raya
  • Salam Terakhir- Menjelang raya, 9.30 malam
  • Kuih Goyang Seha- Raya ketujuh, 26 September, 10 malam
  • Tragedi Malam Raya- 3 Oktober, 10 malam
  • TV3: Best of Magazine Documentary
  • Raya di Tanah Tinggi- Raya kedua, 21 September, 1 petang
  • Nostalgia Lagu Raya 2- Raya ketiga, 22 September, 1 petang
  • Raya Terapung- Raya keempat, 23 September, 1 petang
  • Rumah Kecil Tiang Seribu- Raya kelima, 24 September, 1 petang
  • Landasan Raya- Raya keenam, 25 September, 6 petang
TV3: Best of Musical
  • Akustika Raya- Raya pertama, 20 September, 5 petang
  • Mentor Raya 3- Raya kelapan, 27 September, 9 malam
  • Kasih Siti- Raya pertama, 20 September, 6.02 petang
TV3: Best of Variety
  • Sampaikan Raya 2009- Menjelang raya, 19 September, 11.30 malam
  • Salam Raya 2009- Raya pertama, 20 September, 11 pagi
  • Melodi Raya- Raya pertama & raya kelapan, 20 & 27 September, 12.30 tengahari
  • Ewah-Ewah Raya- Raya kedua, 21 September, 10 pagi
  • Bagus Sangat!- Raya ketiga, 22 September, 10 pagi
  • Lagenda Lebaran- Raya kedua, 21 September, 6 petang
  • Jeng Jeng Jeng- Raya ketiga, 22 September, 6 petang
  • Memori Idola- Raya keempat, 23 September, 6 petang
TV3: Best of Dramedy
  • Kecoh Petang Raya...Lagi!!!- Menjelang raya, 19 September, 5 petang
  • Senario: Anak Raya- Raya pertama, 20 September, 11 malam
  • Cili Padi Cili Kering- Raya kedua, 21 September, 11 malam
  • Mr. Mama Beraya- Raya ketiga, 22 September, 11 malam
  • Kita Dah Sampai Ke?- Raya keempat, 23 September, 10 pagi
  • Raya bersama Datin Wan Abe- Raya keempat, 23 September, 11 malam

Sementara program TV9 pula adalah:
  • Ketupat Rendang Kopi O- Raya pertama, 20 September, 8 pagi
  • Meriahnya Anak Ramai- Raya pertama, 20 September, 3.30 petang
  • Suatu Hari Di Hari Raya- Raya pertama, 20 September, 6.30 petang
  • Peluang Kedua- Raya pertama, 20 September, 5.36 petang
  • Pondok Pondok Raya- Raya pertama, 20 September, 8.30 malam
  • Halaqah Raya- Raya pertama, 20 September, 9.30 malam
Skrin Riang Ria Raya TV9
  • Ceplos Beraya- Raya pertama, 20 September, 1 petang
  • Enal- Raya kedua, 21 September, 1 petang
  • Semprit Tak Bergula- Raya ketiga, 22 September, 1 petang
  • Baju Raya Istimewa- Raya keempat, 23 September, 1 petang
  • Enot Rayalah Pulak- Raya kelima, 24 September, 1 petang
  • Studio Nabil Beraya Di Perth- Raya keempat & kelima, 23 & 24 September, 4.30 petang
  • Idola Kecil Cinderella Story- Raya keenam & ketujuh, 25 & 26 September, 4.30 petang
  • Cerita Hantu Malam Raya- Raya kedua sehingga kelima, 21 hingga 24 September, 8.36 malam
  • Abang Mak Panggil Balik- Raya kedua, 21 September, 9 hingga 10.36 malam
  • Takbir Rindu- Raya ketiga, 22 September, 9 hingga 10.36 malam
  • Madu Oh Madu- Raya keempat, 23 September, 9 hingga 10.36 malam
  • Raya Sedondon- Raya kelima, 24 September, 9 hingga 10.36 malam

Rabu, 9 September 2009

Besok !!!

Besok....

Yahooo...yes....esok merupakan hari last aku exam...tak sabar rasanya nak habiskan exam ni...errmmm...bestnyer nanti dah habis...leh ar aku relax nanti...

Exam untuk esok aku dah ckit prepare...

Untuk esok..aku exam untuk Paper Pengajian Perniagaan Kertas 2 dan Geografi Kertas 2...

Lepas selesai jer kertas Geografi...meredeka......merdeka....tak sabar rasnaya nak habiskan esok..

Esok exam semua tiga jam.....oh...lama tu...

Ahad, 6 September 2009

Drama Yang Paling Best Sepanjang Bulan Ramadan

Alhamdulilah…aku bersyukur kerana akhirnya aku dapat menyaksikan sebuah drama yang memang lain dari yang lain..Nama tajuk drama pun dah unik.Tajuk drama tu “ Antara Garisan”.

Antara Garisan merupakan sebuah drama daripada produksi Radius One.

Radius One memang sebuah produksi yang agak bagus semakin mendapat perhatian melalui penyiaran drama-drama yang best.

Antara drama yang pernah ditayangkan terbitan Radius One ialah
  • Sinderela,
  • Merah
  • Putih,
  • Emil Emilda,

dan yang terbaru
Tari Tirana yang disiarkan oleh TV3 pada setiap hari Selasa pada pukul 9.00 malam dalam slot Lestary..

Memang aku salute ark at Radius One coz menampilkan drama-drama yang segar dan pelakon-pelakon yang terbaik dan terbaru seterusnya menjadikan drama tersebut best….

Semalam (Sabtu – 05/09/2009)….

Aku terpacak depan tv coz nak saksikan sebuah drama terbitan Radius One.Drama ni lain daripada yang lain coz disiarkan sempena bulan Ramadan.Drama ni berunsurkan islamik sikit…Meemang best…

Inilah synopsis Drama Antara Garisan :

Antara Garisan bermula dengan kisah seorang uztaz bernama Arman (lakonan Ismail Abd Aziz) yang muncul di sebuah kampung di subuh hari. Dia telah bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.

Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Uztaz Arman pada kali yang pertama.

Tetapi kali ini, Uztaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.
Pada saat itu, barulah mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza dan tersedar yang mereka berdua telah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus.

Jumaat, 4 September 2009

Shooting Drama Raya : Habibi Mawi AidilFitri






Ha…Ni aku sempat lampirkan gambar-gambar yang diambil semasa berlakunya Shooting Drama Raya yang bakal menemui anda nanti di Astro…

Drama tersebut ialah : Habibi Mawi AidilFitri.Drama ini dibintangi oleh Mawi,Riz, Stacy,dan ramai lagi.Memang kelakar la tengok drama ni…Apa taknya..aku dah tgk sedutan drama ni..Memang kecoh la…

Apa-apa pun kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut,koranh leh tengok drama ni nanti yer…

Khamis, 3 September 2009

Just Tinggal 4 Paper Lagi

4

Wooo....

Korang nak tahu tak apa no.4 kat tu...

Kalau korang nak tahu....aku just tinggal 4 paper lagi nak abis TRIAL STPM...n then Raya....ye..ye tak sabar nak raya....yes...

Untuk pengetahuan TRIAL STPM akan bersambung pula pada hari Ahad ni dengan Kertas Sejarah 2..

Aku just tinggal nak exam 4 paper lagi iaitu :

<> SEJARAH 2
<> GEOGRAFI 2
<> PENGAJIAN PERNIAGAAN 1
<> PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

Ye...Yea...Yea..tak sabar nak abiskan TRIAL ni.....

Rabu, 2 September 2009

Lestary TV3 : Tari Tirana

Ha...Korang dah tengok citer terbaru kat TV3 dalam slot Lestary : Tari Tirana..Tari Tirana merupakan sebuah drama yang dimiliki oleh Radius One.Ala syarikat yang pernah jugak buat drama dalam slot TV3 cam citer Emil & Emilda,dan banyak laggi....

Yang terbaru ni.Tari Tirana...Ala drama ni lebih mengutamakan tarian...nama lagi Tari & Tirana..Tari itu merujuk tarian yang dilakukan oleh para pelakon dan Tirana pula merujuk kepada Gadis Yang sedang putus cinta namun Cinta baru datang....hu2..

Aku tertatik tgk citer n coz best etek...meang gempak giler.....Drama bersiri ini menampilkan Nikki sebagai penyanyi latar drama kira soundtrack ler...lagu Cantik.....he2...best beb...

Bagi aku semua pelakon baru cam Wan Sharmila,Shaz,Ammar n Nadia memang gempak ar..Memang teror ar pengarah amik diorang....wa salute ar sama lu....

Okeylah,kat cni aku dah lampirkan senarai pelakon utama dalam Lestary Tari Tirana :

Ammar Alfian Aziz - Neo

Wan Sharmila - Tirana

Syaz Sazle - Ash

Nadia Aqilah - Chika

Okeylah...korang leh teruskan menonton drama ni yer...setiap hari Selasa pada pukul 9.00 malam di TV3 dalam slot Lestary....

Gempak beb......Tari Tirana

Selasa, 1 September 2009

Renungan Untuk Kita..

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Start TRIAL STPM

Wa..hari ini bermulalah perjuangan percubaan kami...

Hari ini merupakan hari yang agak-agak mendebarkan jugak kerana hari ni hari TRIAL STPM 2009.

Hari ni seluruh kelantan yang amik STPM akan menduduki peperiksaan...

Errm...alhamdulilah syukur kerana aku dapat menjawab jugak soalan TRIAL STPM ini.Hari ni aku jawab untuk soalan BM kertas 2 dan Pengajian AM Kertas 1...

Agak-agak susah jugak coz ni kan TRIAL....Org kata TRIAL susah sikit berbanding dengan yang sebenar..Yang sebenar senang sikit...Errmm....aku tak tahu sangat pasal tu...aku just dgr org cakap jer....

Bagi aku sama jer..hik2...

Hari ni BM2 aku agak tidak puas hati jugak....soalan yang berbelit dan menangkap maut telah memerangkap bagi student yang tak paham soalan....Sek baik aku jawab soalan karangan lain..

Hu2.............

Untuk besok pula...aku akan menduduki peperiksaan untuk kertas SEJARAH 1 dan BAHASA MELAYU 1.......

Wa.....

Negara Pelawat Blog


free counters